Bismillahirahmanirahim
“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani”
Di akui rasa
kelemahan iman membina pada diri setelah mendapat 'kejutan' daripada Allah. Ana
tidak mahu menjadi manusia yang tidak redha dengan ketentuanNya. Namun ana juga
insan biasa. Jiwa ini juga kadang kadang bertanya, mengapa ana? Biar apapun
penilaiannya, biarlah semuanya kerana Allah,kerana ana bukanlah manusia kalis dosa. Yang ana
harapkan secebis belas dariNya untuk menerima taubat dari setiap gerak geri
yang mungkin Allah murka.
Alhamdulillah, Allah sentiasa memberi yang terbaik buat hamba
hambaNya termasuk jugalah diri ana yang kerdil di sisiNya. Yang ana harapkan
cuma diri ini menjadi solehah di sisiNya. Ana tidak ingin sekali menjadi
solehah di mata manusia,kerna, manusia itu tidak punya hak untuk menilai kerana
kita ini hamba yang lemah. Segala kekurangan dan kelebihan kita sendiri sudah
membuktikan bahawa kita ini hak milik Pencipta yang agung.
Seringkali kita terasa teruja untuk memiliki sesuatu
sehingga kita lupa bahawa kita bukanlah
pemilik sebenarnya. Tahukah kalian bahawa kita ini hanya berstatus seorang
'PEMINJAM'? Sedangkan Allah itu adalah pemilik hakiki. Dan biarlah Dia sahaja
yang menentukan pemiliknya. Setiap jasad, kata kata, ilmu yang kita miliki
sebenarnya bukan kepunyaan kita. Segalanya hanya pinjaman dan pada bila bila
masa sahaja, jika Dia mengkehendakinya, kita boleh kehilangan segalanya.Apa
yang ana takuti bahawa diri ini tidak berasa ikhlas untuk berada dalam landasan
perjuangan Allah.
Teringat pesanan seorang sahabat:
nilailah tahap keikhlasanmu, sejauh mana dirimu
benar benar menginfakkan diri dijalanNya. Sesungguhnya keikhlasan itu ada tiga
tahap:
--Yang pertama, tatkalau kau melakukan sesuatu
kerana takut akan neraka Allah.
--Yang kedua, tatkala kau melakukan sesuatu kerana
syurgaNya
--Yang ketiga, tatkala kau melakukan sesuatu semata
mata keranaNya. Dirimu ini tidak mengira apa sahaja balasan dariNya kerana
dirimu meyakini bahawa apabila kita mencintai, kita sedia menerima balasan apa
sahaja dari Allah.
Pesanan ini cukup untuk membuatkan ana untuk
bermuhasabah diri. Diri ini berada di tahap yang mana. Yang paling ana khuatiri
adalah diri ini tidak mampu mencapai mana mana tahap keikhlasan kerana mungkin tanpa disedari ana
berbuatkan sesuatu untuk mendamba perhatian manusia hina. Betapa banyak kata
kata yang di tulis pada 'muka buku' atau teratak kesayanganku ini semata mata
kerana Allah atau kerana manusia?. Malah yang lebih menggusarkan betapa
banyaknya dosa yang ana tanggung mungkin kerana riak dan ujub yang tumbuh dalam
diri ana tanpa disedari.
Maka pesanan ana, nilailah sesuatu itu dengan hati
yang beriman. Jangan mudah mempercayai solehahnya atau solehnya seseorang itu
hanya melalui kata kata yang dibicarakan. Sedangkan ingatlah bahawa, pilihan
Salahuddin Al Ayubi itu sendiri bukan yang lincah bermain senjata atau petah
berkata kata, sebaliknya pejuang pejuang yang istiqomah tahajudnya. Katanya
mahu jadi Srikandi Hassan Al Banna, namun ambilnya hanya pada semangat
perjuangan, tetapi tidak pada amalannya.
Ana tertarik dengan dialog dalam drama di televisyen
yang di tonton. Wanita itu di'cop' sebagai ahli neraka kerana dia pernah
memperdagangkan tubuhnya biarpun wanita itu telah bertaubat. Jawapannya:
"Sekiranya Allah sudah menakdirkan saya
menjadi ahli neraka, saya redha kerana saya yakin nilaian Allah itu adil,
tetapi saya tidak redha dengan nilaian manusia yang juga hamba seperti saya.
Siapalah kamu yang berhak menentukan tempatku di neraka atau disyurgaNya.
Bagaimana jika syurga dan neraka itu sebenarnya ujian Allah untukmu, adakah
segala kebaikan yang kamu lakukan hanya untuk dirimu bukan keranaNya?"
Sememangnya nilaian Allah itu adil, cumanya
kadangkala kita sendiri yang menilai sesuatu mengikut hawa nafsu kita. Dengan
mudah kita mengatakan bahawa yang itu tidak layak untuk yang ini, yang ini
tidak sepatutnya untuk yang itu. Tahukan kita bahawa ilmu Allah itu adalah
seluas luasnya sehingga tidak terjangkau dek akal fikiran? Maka, apakah
taklifan yang boleh kita gunakan untuk memberi penilaian tersebut? Adakah
dengan alasan kita sudah berjubah, bertudung atau bersolat, maka secara
automatiknya kita sudah boleh menjadi insan yang menilai nilaian manusia itu
disisiNya?
Coretan ana ini tidak di tujukan untuk sesiapa sebaliknya
khas titipkan buat diri ini. Kadang kadang ana akui, diri ini juga terlalu
cepat menilai seseorang hanya kerana dari cara berpakaian atau pekerjaannya
atau keluarganya, sedangkan Allah itu Maha Mengetahui. Serahkanlah segala
urusan hanya kepadaNya. Nescaya hati akan lebih tenteram. Betapa sukarnya untuk
menggapai gelaran solehah, namun itu ada impian setiap muslimah.
Sesungguh diri ana ini bukan srikandi solehah,
jika nilaian manusia adalah melalui cara ana
berpakaian. Kadangkala cara ana berpakaian ini tidak
menggambarkan akhlak ana.Tahukah, bahawa di kala ana bersendirian, ana juga
terkadang lupa untuk mengingatiNya.Kadangkala berasa tidak layak untuk berpakaian
sebegini kerana takut akan didakwa oleh pakaian sendiri di akhirat nanti kerana
takut jika dalam hati ini ianya bukan semata mata kerana Allah.Cuma ana meyakini setiap yang Allah syariatkan
pasti ada hikmahnya. Betapa Allah amat menyayangi kaum wanita sehingga kita
seperti minyak yang ditatang sepenuhnya. Bersyukurlah menjadi wanita
muslimah...
Ana bukan srikandi solehah,
jika nilaian kalian pada kata kataku melalui muka
buku atau teratak kesayanganku, Tahukah kalian bahawa kadang kalanya mugkin diri
ini juga berasa riak setiap kali kalian mengkagumi bait bait yang ana tulis
tanpa disedari. Betapa gusarnya diri ini apabila mengingat pesanan Kekasih yang
dirindui iaitu Nabi Muhammad SAW berkaitan dengan insan yang hanya berkata kata
tetapi tidak melaksanakannya apa yang dikatakan iaitu dia akan ditimpakan
seksaan yang amatlah berat di hari pembalasan.Diakui juga bahawa setiap kata kata
terinspirasi dari Allah namun ingatlah seperti yang ana katakan sebelum ini, segala galanya hanya
pinjaman. Betapa takutnya diri ini apabila tiba saat dan tikanya Tuan sebenar
meminta kembali barang yang dipinjamkan, apa yang ada pada diriku? Kerana
sesungguhnya Dia adalah pemilik diriku, tidak ana berupaya untuk mengembalikan
sesuatu kepadaNya.
Ana bukan srikandi solehah,
jika nilaian kalian pada tingginya ilmu haraki ,Tahukah
kalian bahawa kiranya seseorang muslimat itu ditarbiyah bukan ditentukan selama
mana atau seaktif mana dirinya dalam gerak kerja Islam, tetapi sejauh mana dia
boleh membuang karat karat jahiliyah dalam dirinya.Tahukah kalian bahawa diri
ini masih punya lubang-lubang jahiliyah yang perlu diubati dengan tarbiyah.Semoga
Allah mengampuni dosa dosa ana yang hina ini.Cumanya teringat pesanan seorang
hamba Allah,
‘’tatkala
Allah telah memberi kefahaman perjuangan pada dirimu, janganlah dirimu
memberikan alasan kepadaNya lagi sebaliknya berusahalah untuk memenuhi tuntutan
yang ditujukan padamu. Pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik dan ingatlah
bahawa bukan calang calang orang yang boleh berasa dekat denganNya. Pasti akan
proses tapisan dan saringannya. Maka, jalan yang paling indah adalah sabar.
Perkataannya nampak mudah tetapi hikmahnya indah’’
Ana bukan srikandi solehah,
jika nilaian kalian pada kelembutan atau keindahan
sebagai seorang wanita.Tahukah kalian bahawa sememangnya Allah menciptakan
wanita itu seindah indahnya. Apatahlagi wanita adalah makhluk kesayanganNya.
Cumanya, kelembutan dan keindahan wanita itu boleh menjadi fitnah. Sesungguhnya
diri ini insan yang sentiasa turun naik imannya dan tidak cekap menjaga hati.
Yang ana dambakan agar Allah sentiasa
membimbing diri ini dan tidak memalingkan hati ana. Sememangnya seorang wanita
secara fitrahnya itu mendamba untuk menjadi yang cantik dan indah. Sebaiknya
biarlah indah itu kerana agamanya dan cantik itu kerana taqwanya. Dan yang
paling penting, cantik di manusia itu tiada ertinya jika tidak cantik di sisi
Allah.
Ya Allah... betapa sukarnya menggapai gelaran
solehah. Namun segala penilaian menjadi srikandi solehah ini di serahkan
kepadaMu. Cuma ini adalah sedikit luahan rasa, yang sudah lama menyempitkan
ruang minda. Yang ana takuti manusia
menganggap diri ini sempurna sedangkan tiada sesuatu yang sempurna melainkan
dengan izinMu.
Akhir kalam, ana titipkan doa buat semua srikandi
pencinta agama.
"Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga, yang dihiasi
dengan kelopak akhlaq mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana
iman dan taqwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia
yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari
lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang
memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman
sejati, yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calonkan dirinya sebagai
bidadari syurga Mu. Ameen..."
اختي
الحبيبة في الله
Jangan biarkan dirimu
Menjadi
sebarang bunga yang indah
Tetapi sayang
tidak berduri
Apabila tiada
duri
Tiada lagi
benteng yang boleh menghalang si bunga
Daripada
sewenang-wenangnya didekati oleh sang kumbang
Lantas tercemarlah
keindahan si bunga
Murahlah
nilainya
Akhlak dan al-Haya’(malu)
Dengan pagaran itu
Kilauan warna itu semakin memancar indah
Dan haruman aromanya mengelinap segenap naluri
Yang mengundang kekaguman
Di hati sang kumbang
Sehingga sang kumbang
Berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
No comments:
Post a Comment