“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menghirup udara Mu walaupun kadang kala diri ini alpa dan lalai dalam mengingati Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Apa agaknya pengisian artikel pada kali ini ye? Apa yang ada pada belut hingga kita mendapat pengajaran darinya? Bukankah Allah s.w.t. sudah menyatakan dalam al-Quran bahawa tiap kejadian yang Dia lakukan adalah tidak sia-sia.
Ana mendapat perkongsian ini sewaktu kembara ilmu pada hujung minggu lalu. Moga-moga kita mendapat manfaat darinya.insyaAllah…
XXXXXXXXXXXXXX
Jika bertanya pada ana, apa istimewanya belut ini? Ana akan menjawab, luarannya hanyalah biasa-biasa sahaja malah ana “geli” dengan belut nie sebab rupa bentuknya hampir menyamai ular. Tetapi khasiatnya cukup banyak sekali hingga belut ini dijadikan ubat dan kesannya amat mujarab sekali.
Namun bukan itu yang mahu dikupaskan disini kerna tiap kejadian yang Allah s.w.t. ciptakan ada kebaikannya tersendiri. Cuma, ana mahu kita semua lihat tentang hikmahnya.
Pernah tak kita terfikir bahawa belut ini tidak “bercampur” atau tidak terkesan hatta duduk dimana sekali pun? Di dalam lumpur, selut, sawah padi atau apa sahaja ianya tetap seperti dirinya dan tidak terkesan pada badannya dengan lumpur atau apa sahaja tempat dia duduk.
“ Tidak ada hijab antara dia dengan Allah s.w.t. hatta bergaul dengan banyaknya manusia dan sibuk dengan urusan dunia kerna ‘kekasih’ aku ini tidak boleh dibandingkan dengan kekasih yang lain..”
“ Tidak ada satu nafas pun yang keluar tanpa menyebut namaNYA…”
Kadang-kadang kita lupa, apabila duduk dengan banyaknya orang. kita akan mendahulukan orang itu berbanding Allah s.w.t… hati sahabat lebih dijaga berbanding “hati” Allah s.w.t…temujanji sahabat didahulukan berbanding “temujanji” dengan Allah s.w.t…
XXXXXXXXXXXX
Ana memerhati dan melihat dunia hari ini. Seolah-olah masyarakat semakin lupa tujuan sebenar kita di ciptakan di dunia ini. Tidak perlu melihat jauh, cukup hanya memandang mereka-mereka yang berada disekeliling ana. Berubah mengikut keadaan semasa. Sayang sekali, tidak ramai yang istiqomah dengan apa yang mereka pegang sewaktu “di alam” tarbiyah dulu.
Apabila melihat orang lain berubah memakai pakaian yang “up to date” yang sememangnya amat susah untuk memenuhi tuntutan syara’, mulalah terikut-ikut. Apa sebenarnya yang dicari, nampak “indah” dimata manusia tapi “celaka” dihadapan Allah s.w.t. nanti…begitukah? Nauzubillah…
“sekiranya hati terarah pada dunia, maka ia membelakangkan akhirat… sekiranya hati terarah pada dunia, maka ia membelakangkan dunia..”
Ana teringat satu peristiwa sewaktu ana dan sahabat ana berehat di R&R untuk ke Kedah . Waktu itu, . Kebetulan, ada beberapa orang perempuan Islam yang baru keluar dari kereta dan ana mendengar perbualan mereka.
“yeah…malam ini aku mahu karaoke puas-puas” sambil membulatkan tangan seolah-olah itu mikrofon.
Mereka yang perasaan ana dan sahabat ana berjalan di belakang, lagilah dibuat aksi dan cakap macam-macam. Ana tidak terasa dengan perbuatan tersebut tapi terkilan dan sedih. Tiap kali hal seperti ini berlaku di depan mata, hati ana sebak mengenangkan betapa susahnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat berkorban untuk menegakkan Islam.
Betapa sukarnya mereka yang berada di luar Malaysia mahu mengamalkan Islam. berjuta malah berbilion umat Islam di luar sana bermatian untuk menegakkan agama Islam. Tetapi kita yang aman damai ini langsung tidak bersyukur dengan semua itu.
“Hati yang terarah pada akhirat, tidak akan sekali-kali membenarkan dunia mempengaruhinya”
XXXXXXXXXXXX
Jadi, ambillah hikmah dari kejadian belut ini. Murobbi ana mengaitkan para ulama’ dengan kejadian belut ini kerna mereka tidak terkesan sedikit pun dengan hamparan nikmat di dunia…kerna di hati, fikiran dan mata mereka hanya terbayang nikmat dan kehidupan diakhirat sana. Subhanallah…
Moga-moga kita berjaya mengikuti jejak langkah mereka sedikit demi sedikit…insyaAllah…ameen Ya Robb…
No comments:
Post a Comment