“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani”
Teet Teet
Telefon bimbit kesayangan Zinirrah
berbunyi. Angka jam sudah menunjukkan 9.45 malam. Ketika itu Zinnirah sedang
ligat berjihad mengulang kaji pelajaran. Peperiksaan bakal menjelang tidak lama
lagi
1 pesanan Ringkas
Umar: Salam alaik enti, ana nak
berbincang berkaitan program esok, boleh kita bermesej atau berYM jam 10.30
malam nanti.
Zinnirah sungguh berasa tidak selesa.
Benar, dia kagum dengan kehebatan Umar yang bergerak kerja, hebat berkata kata
tetapi mengapa Umar kurang sensitif berkaitan hal sebegini? Umar begitu mudah
untuk bersms dengan wanita yang bukan mahramnya pada waktu malam. Biarpun
berkaitan dengan program yang ingin dilakukan pada esok hari tetapi hati
Zinnirah masih tidak padu.
Dugaan demi dugaan datang mendatangi
Zinnirah. Ditakdirkan dia dan para sahabat kehilangan naqibah kesayangan
mereka. Zinnirah begitu risau perihal adik adik usrah nya yang lain masih
terkapai kapai. Semenjak pemergian naqibah mereka, usrah terbengkalai. Sungguh
dia dan sahabat sahabatnya tidak sanggup untuk berusrah tatkala kerinduan
merajai hati mereka terhadap sang murabbiyah.
Tetapi bukankah Hasan Al Banna sudah
berpesan:
“Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa
bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa ke-nyataan hari ini adalah mimpi
hari kemarin, dan impian hari injadalah kenyataan di hari esok. Waktu masih
panjang dan hasrat akan terwujudnyakedamaian masih tertanam dalam jiwa
masyarakat kita, meski fenomena-fenomenakerusakan dan kemaksiatan menghantui
mereka. Yang lemah tidak akan lemahsepanjang hidup-nya dan yang kuat tidak akan
selamanya kuat.”
Perjuangan perlu diteruskan! Jangan
hanya bergantung kepada hamba kerana hamba juga milik Allah. Apabila segalanya
yang dilakukan kerana Allah, setiap kelukaan dan kepedihan bisa ditempuhi
dengan tabah.
Paaap...
Kertas atas lantai..........
"Jika enti rasa muka enti
cantik, maka cantiklah ya kertas kerja yang enti buat"
Berdesing telinga Zinnirah. Dia tahu
dia perlu bersabar dalam berhadapan dengan mujahid seorang ini. Syadidnya boleh
dikatakan tahap tertinggi. Kertas kerja Minggu Penghayatan Islam dibuangnya
begitu sahaja dengan alasan belum mencapai tahap yang memuaskan.
"Ana dah buat yang terbaik
berpandukan kertas kerja yang enta berikan tempoh hari" Zinnirah
membela diri
"Patutlah kerja enti kurang bermutu,
rupanya enti tidak memperkembangkan idea sendiri. Beginikah tertib seorang
daie? Hanya mengharapkan buah fikiran orang lain?"
Bang!
Terasa tembakan tepat mengenai
tempurung kepala Zinnirah. Sememangnya dia banyak mengikut idea kertas kerja
yang diberikan mujahid itu tempoh hari.
"Sekarang ana mahu enti
perbetulkan kertas kerja tersebut. Ana beri tempoh tiga hari, ana akan semak
semula"
Tegas. Lantas berlalu
Zinnirah terpaku seketika.
_______________________________________________________________________________
"Apa hal aku tengok kau
termenung ja ni"
"Aku risau bagaimana nak
berdepan dengan seorang mujahid ini, dia begitu tegas terhadap perempuan"
"Mujahid? Maksud kau
Aiman?"
"Eh, bagaimana kau dapat teka
ya? Semalam aku pergi jumpa dia untuk tunjuk kertas kerja, adakah dibuangnya
kertas kerjaku dan disuruh perbetulkan"
"Kau tak taukah, nama dia tu
Aiman Mujahid, Kedua ibubapanya memang berikan dia nama Mujahid sebagai satu doa
agar dia jadi pejuang Islam, tak sangka kau panggil dia dengan nama Mujahid
ya".
"Taklah, itu gelaran aku beri
pada dia, sebab ketegasannya, tak sangka pula nama dia ada Mujahid ya".
"Hati kau dah tercuit ka?
Hehe"
"Astaghfirullah Al adzim, tak baik
memfitnah tau."
Terimbas kembali di kotak pemikiran
Zinnirah perbualannya bersama Ratnadewi. Tak sangka nama dia Mujahid ya. Walau
macam mana pun aku nak buat yang terbaik. Bukan nak tunjuk kertas kerja aku
baik sebab muka aku cantik. Tetapi aku mahu tunjukkan yang muslimat bukan
sembarangan muslimah. Muslimah juga bisa bergerak kerja dan berjihad di medan
perjuangan. Kalau tak, mana lahirnya Zainab Al Ghazali kan?
Teet Teet
1 Pesanan Ringkas
Umar: Ukhti, bila kita nak
berjumpa ya, nak berbincang pasal gerak kerja ;)
Zinnirah tiba tiba berasa meluat
mendapat sms tersebut. Dia berasa kurang selesa dengan tindakan Umar yang
begitu mudah untuk mengajak seorang muslimah keluar bertemu atas alasan gerak
kerja. Tiba tiba dalam hati kecilnya membandingkan antara Umar dan Mujahid.
Astaghfirullah al adzim, siapalah dirinya yang kerdil itu untuk menilai
manusia.
Tiba tiba teringat pesanan naqibah
kesayangannya ketika usrah mereka berlangsung
"Ummu Yusra mahu adik adik semua
menjadi mawar berduri yang luar biasa"
"Mawar berduri yang luar biasa?
Bagaimana ya?" Radia, salah seorang
sahabatnya bertanya
"Sebagai muslimah yang ditarbiyah, bertudung
labuh dan berjubah, dianggap suci dan 'ustazah' oleh rakan rakan dan
masyarakat, kita sering dianggap sebagai mawar berduri. Tidak melayan lelaki
dan sebagainya. Tetapi sila lihat cara pergaulan kita dengan rakan
seperjuangan. Ummu kurang setuju melihat pergaulan para ikhwan dan akhwat yang
melebihi batas kadang kadang menimbulkan fitnah. Mawar berduri bukan 'title'
yang perlu kita tonjolkan kepada lelaki lelaki biasa yang Ummu maksudkan tidak
ditarbiyah tetapi sebaliknya Mawar berduri patut lebih kita tonjolkan kepada
para ikhwan kerana kita tidak mahu mereka lalai dalam perjuangan. Apalah
bezanya kita dengan orang yang tidak ditarbiyah jika kita sendiri begitu mudah
bergelak ketawa, beramah mesra dengan ikhwan atas alasan gerak kerja. Ummu
tidaklah terlalu syadid dengan mengatakan tidak boleh bergaul dengan para
ikhwan, Hasan Al Banna sendiri pun bergerak kerja bersama muslimat, tetapi ada
kalangan kita yang menyalahgunakan peluang tersebut".
"Apa pendapat Ummu berkaitan
muslimin yang kurang faham, maksud Tasnim mereka mengatakan muslimah terlalu
syadid"
"Tasnim, muslimin selalu lupa
yang muslimah ini punya ujian hati yang terlalu berat. Apabila mereka terlebih
mengambil berat, terlebih mesra maka syaitan syaitan akan mudah memasuki hati
muslimah dan muslimah akan menjadi lemah longlai. Apabila muslimah sudah jadi
lemah longlai, maka muslimin akan terjebak sama, bagaimana dengan perjuangan
menegakkan Islam?"
"Ummu, bagaimana pendapat Ummu
dengan mereka yang kurang menjaga ikhtilat di alam maya? Seperti muslimin dan muslimat yang berfacebook
secara berlebihan atau beryahoo Mesengger?
"Bagi Ummu Zinnirah, Ummu akan
sentiasa bersangka baik tetapi sebagai seorang daie, kita perlu sentiasa ingat,
Allah maha melihat dan jangan biar diri kita menjadi fitnah kepada perjuangan
kita. Apa yang kita cuba sampaikan di Facebook, Twitter atau blog tidak akan
dianggap dan difahami sama dengan semua orang. Maka kita perlu berhati
hati".
Zinnirah tersedar dari lamunannya,
Kerinduan pada naqibah kembali meruntum di hati. Semoga tenang di alam sana.
Sesungguhnya ilmu yang disampaikan sangat berguna. Dalam hatinya dia berdoa
semoga alam barzakh naqibahnya diterangi dengan cahaya berkat ketabahan nya
mentarbiyah insan lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari yang dinanti sudah tiba,
Zinnirah perlu membentangkan kertas kerja Minggu Penghayatan Islam kepada Aiman
Mujahid dan para sahabat.
"Enti rasa enti dah buat yang
terbaik?"
"InsyaALLAH, ana mohon enta
untuk semak hasil kerja ana"
"Jika enti rasa wajah enti
cantik,maka cantiklah kertas kerja enti ni" Aiman Mujahid endah tak endah menyemak kertas
kerja itu
"Akhi Aiman, dengar sini apa
yang ana nak katakan, jika enta benar seorang pejuang, jangan menilai seseorang
dengan menggunakan perumpaan fizikal. Bukankah kata kata melambangkan
keperibadian seorang daie, jika enta tidak bersetuju dengan kertas kerja ana,
maka tolong berikan cadangan untuk penambahbaikan, bukan memberi komen yang
kurang munasabah."
Zinnirah berkata dengan tegas.
"Sekarang ana mahu enta ambil
masa tiga hari semak kertas kerja itu lepas tu berikan pada ana"
Lantang Zinnirah bersuara lalu
meninggalkan bilik tersebut. Aiman Mujahid dan para sahabat terpinga pinga.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Hebat lah kau bercakap dengan
si Aiman tadi, lepas tu kau bertegas dengan dia, terpinga pinga dia
dibuatnya" Ratnadewi menyapa Zinnirah yang
sedang tekun membaca di meja belajarnya.
"Biar dia rasakan, dia ingat
kita ini muslimah bisa direndah rendahkan. Kita kan muslimah power. Semoga hati
ini ikhlas kerana Allah untuk melakukan kerja kerja Islam.".
Zinnirah berasa sedikit lega. Selesai
satu amanah yang dipikulkan dibahunya. Semoga Allah permudahkan urusan.
_______________________________________________________________________________________________________
Hari itu Zinnirah segera bergegas
pulang ke kampung halaman. Ibunya memberitahu ada hal yang teramat penting
untuk dibincangkan.
"Zinnirah, ibu nak beritahu
sesuatu kepada Zinnirah"
"Ada apa ya bu?"
"Ibu kepada seorang pemuda
menghubungi ibu, dia berkata anaknya berhajat kepada Zinnirah, jika Zinnirah
bersetuju, mereka akan menghantar tanda hujung bulan ini, dan walimahnya tiga
bulan akan datang"
Zinnirah sedikit tersentak, dia tidak
sangka Allah menghantarkan kejutan buatnya.
"Ibu, bukankah Zinnirah sudah
beritahu ibu perihal Umar yang ingin mengkhitbah Zinnirah"
"Zinnirah, Umar sendiri belum
menyatakan apa apa pada ibu, jadi bagaimana ibu tahu kesungguhan Umar pada
Zinnirah, tetapi seorang pemuda ini cukup menyenangkan ibu dan ayah.
Kesungguhan yang dinyatakan oleh mereka cukup buat ibu tertarik. Malah, adab
dia yang menghantarkan ibunya untuk mengkhitbah Zinnirah sangat menyentuh hati
ibu."
"Ibu, berilah Zinnirah tempoh
masa untuk memikirkannya dan bertanyakan pada Allah"
____________________________________________________________________________________________________________
Ujian itu datang lagi
Dia dikhitbah lagi. Tetapi kini dia
tidak tahu siapa yang mengkhitbahnya.
Umar, dia belum pasti tentang kata
hatinya pada Umar. Dia sendiri berasa hairan mengapa tiada keyakinan yang
merajai hatinya terhadap Umar. Janji janji yang ditabur Umar menerawang
fikirannya tetapi dia sendiri belum pasti!
"Biarlah si dia itu tidak
dikenali penduduk dunia atas kehebatannya dalam ditarbiyah atau kepimpinannya
atau ketampanannya, cukup Allah yang mengenalnya kerana iman dan
taqwanya."
Semoga Allah memberikan yang terbaik
untukku...... Bisik hati Zinnirah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mujahid yang dirindukan
Aku tidak tahu di mana adanya dirimu
Aku tidak tahu siapa kamu
tetapi aku tetap menantikan kamu
untuk menjemputku sebagai bidadarimu
Mujahid yang dirindukan
Andai tiba tika waktunya kita bertemu
Tidak ku ingin pertemuan itu
disulamkan nafsu
Dambaanku hanyalah redha Tuhanku yang
satu
kerana janjiNya kita berpadu
Mujahid yang dirindukan
Andai cintaku kepada Rabbku belum
cukup
ku mohon Dia menjadikan dirimu yang
mencukupkan cinta itu
Andai ikhlas ku kepada perjuangan
belum indah
ku mohon Dia menjadikan dirimu yang
mengindahkan keikhlasan itu
Andai rindu ku pada syurga dan syahid
belum kukuh
ku mohon Dia mengizinkan mu menjadi
peniup semangat dan kekuatan itu
Mujahid yang dirindukan
Ku tahu dirimu sedang berjuang menegakkan
agamaNya
Maka, jangan sekali kau mengingati
diriku yang hina
sehingga melalaikan ingatan mu kepada
harumnya roh para syuhadah
Aku tidak mahu menjadi asbab akan
kelalaianmu
Aku ini hanya ibarat secebis kain
buruk
yang tiada tandingan dengan bidadari
di syurga
yang Allah janjikan buat para
syuhadah
Namun
Mujahid yang dirindukan
Jika benar Allah mengizinkan kau
untukku
maka ambillah amanah ini
didiklah diriku untuk menjadi wanita
yang rindukan syurga
hiasilah diriku dengan tarbiyah
ruhiyah
teguhkanlah jiwaku dengan nadi
perjuangan
dan suluhkan harapanku untuk
kemenangan Islam
Mujahid yang dirindukan
Jika pertemuan Allah izinkan di dunia
moga pertemuan itu tatkala kita
disatukan dengan janjiNya
tetapi jika perancangan Allah
sebaliknya
semoga ada yang lebih baik untuk mu
dan untukku di syurgaNya
________________________________________________________________________________________________________
"Boleh ana tanya sesuatu?"
"Apa dia ya"
"Bagaimana boleh mengenali
Zinnirah?"
"Sebenarnya Ummu Yusra yang
mencadangkan abang untuk mengkhitbah Zinnirah, tetapi apabila nama Zinnirah
disebut, hati abang sudah ada sedikit getaran"
"Alhamdulillah, syukur, naqibah
ku sentiasa merancang yang terbaik untuk anak anak didiknya"
"Abang tidak mengharapkan apa
apa, melainkan Zinnirah menjaga keimanan dan ketaqwaan kepada Allah"
"Begitu juga harapan Zinnirah
pada abang, Zinnirah tidak menginginkan pemuda yang dikenali oleh penduduk
dunia atas hebatnya dirinya, Zinnirah merindukan mujahid yang dirindukan oleh penduduk
di langit, lantas Allah menganugerahkan
abang buat Zinnirah"
Pernikahan Zinnirah dan mujahid yang
dirindukannya selesai berlangsung dengan suasana yang meriah tetapi penuh
keberkatan dan doa. Dia mengikut pilihan ibu dan ayahnya. Luqman Al Hakim,
itulah pemuda pilihan hatinya. Tiada lagi nama Umar mahupun Aiman Mujahid
tercatat dalam kotak fikirannya. Dia menyerahkan amanah kepada Luqman untuk
memandu jalannya kesyurga.
Bila sudah
berkenan. Terus jumpa walinya.
Dirinya akan terasa
begitu 'mahal' & dihormati.
Tak pernah berjumpa.
Tak pernah bersuara.
Terjaga. Indah.
Bahagia...
-->>Rasulullah
bersabda,maksudnya: “Bila kamu didatangi oleh orang yang baik agamanya dan
berakhlak baik, maka terimalah jangan dipersiakan nanti kamu ditimpa bencana
dan malapetaka.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)..
Allah...
Benarlah, hati Allah yang pegang.
Minta dengan Dia dulu, baru usaha yang selebihnya!!
Percayalah, Allah punya aturan yang hebat buat kita.
Mujahadah dan terus bermujahadah menjaga hati..
No comments:
Post a Comment