Tuesday 26 April 2011

Ujian Itu Proses Untuk 'Naik Pangkat'

Batu besar susah dihanyut air, tetapi batu kecil, air perlahan pun
sudah mampu menghanyutkannya.

Manusia hidup dengan ujian. Satu hakikat yang memang tidak dapat dipisahkan.

Namun, berbeza manusia, berbeza juga cara memandang dan menerima ujian.

Bahkan, ujian yang diterima itu sebenarnya berbeza-beza bagi setiap manusia. Kalau bentuk ujian itu sama saja, maka dunia ini akan hilang warnanya.

Bukan semua diuji dengan kesusahan dan musibah di setiap masa. Bukan semua pula yang sentiasa diuji kesenangan. Ada masa-masanya, kita sendiri tidak menjangka akan berlaku ujian yang sebegitu kepada kita.

Kerana lemahnya dan kerdilnya kita, kita pun tidak dapat menjangkakan ujian apa yang Allah akan dan sedang beri kepada kita. Sehingga kadang-kadang kita mungkin terlupa kita sedang diuji sekarang ini.

Ya. Memang itulah realitinya. Kita lemah.

Maka, itulah TUJUAN ujian. Untuk MENGUATKAN dan MENGINGATKAN kita.
Lalu, bagaimana kita memandangnya?


UJIAN DARI ALLAH ADALAH PROSES IMAN

Allah telah menguji manusia berabad lamanya sejak dulu lagi. Umat yang menyatakan iman kepada Allah, maka itulah yang diuji terlebih dahulu.

Mengapa yang menyatakan iman diuji dahulu sedangkan dia sudah yakin kepada Allah?
Adakah Allah nak menyusahkan hamba-Nya dengan ujian-ujian sebegini?

Oh, sudah tentu tidak !
Allah uji yang beriman dahulu sebagai tanda penghargaan atas iman kepada-Nya.
Allah menghargai kita kerana kita beriman kepada-Nya, sebab itulah kita diuji dahulu.

Supaya selepas diuji itu, maka kita lebih bersedia untuk dinaikkan 'pangkat' kita ke 'jawatan' yang lebih tinggi di sisi Allah. Tidak mahukah kita pengiktirafan dan tawaran 'naik pangkat' dari Allah itu?

Maka, jika kita berhajatkan kepada tawaran itu, ujian Allah perlu ditempuhi dengan hati yang sabar dan bersungguh-sungguh serta redha pula kepada Allah.

Barulah selepas itu, kita lulus dalam kelayakan untuk menerima tawaran itu.

Ada hadkah tawaran itu? Tidak sekali-kali. Bahkan, tawarannya terbuka untuk sesiapa sahaja yang sanggup menempuh ujian Allah ini dengan sabar dan hati yang redha, maka terus akan dinaikkan 'pangkat' nya di sisi Allah.

Itulah tujuan ujian. Mengangkat MARTABAT IMAN di sisi Allah. Bukan sengaja diuji, tetapi Allah ingin memuliakan manusia di sisi-Nya.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ankabut, ayat 69 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak deen Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka gembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."


BAGAIMANA GENERASI AWAL MEMANDANG UJIAN?

Ujian ke atas mereka itu lebih berat dan hampir tidak tertanggung rasanya. Bahkan pernah dikatakan kepada Nabi s.a.w. :

"Wahai Rasulullah s.a.w., mintalah kepada Allah agar dikurangkan seksaan dan penindasan ke atas umat Islam."

Tetapi Rasulullah s.a.w. memujuk mereka dengan sabdanya yang mafhumnya berbunyi begini:

"Umat sebelum kamu bahkan ada yang digergaji kepala kerana mempertahankan akidahnya kepada Allah..."

Bukan sedikit ujian ke atas generasi awal itu. Mereka diuji hingga ke tahap perlu memilih sama ada antara akidah atau nyawa mereka sendiri.

Namun, mereka tidak minta dihentikan ujian. Mereka cuma minta dikurangkan sedikit. Bukan mereka menyerah kalah, namun ujian yang menimpa mereka terlalu berat melampaui batas kemanusiaan mengakibatkan mereka hilang sedikit kesabaran.

Hingga ada yang dijamah dengan besi panas di atas kepala, dijemur di tengah panas dengan berpakaian besi, dihempap batu besar, dilempar dengan najis unta.

Kalaulah kita di tempat mereka, apakah masih ada kesanggupan pada diri kita?

Sungguh, Allah memang menguji generasi itu satu persatu. 13 tahun di Makkah begitu, namun mereka sabar dan redha.

13 tahun bukan tempoh yang sekejap, bahkan dalam tempoh 13 tahun itu mereka tidak diizinkan untuk menentang seksaan yang dilakukan oleh kafir Quraisy. Bukan kerana takut atau lemahnya mereka, bahkan jika mereka bangun untuk menentang, nescaya mereka pasti mampu. Tetapi, mereka melihat dengan wawasan yang lebih jauh untuk kemenangan lebih besar di masa depan.

Biarlah mereka berat diuji sekarang, kelak Islam berkembang dengan senang.
Biarlah mereka derita dalam seksaan, supaya masa nanti umat mengukur sebuah teladan iman.

Sabar dan redha mereka itu menyebabkan Allah mengangkat keyakinan mereka ke martabat lebih tinggi.


PENUTUP : RAHSIA KEKUATAN MEREKA UNTUK KITA

Kita akan terus menerus diuji. Kerana kita sudah menyatakan IMAN kita, maka sebagai penghargaan Allah untuk kita, kita lebih dahulu akan diuji oleh Allah supaya martabat iman kita di sisi Allah terus dipertahankan dan ditingkatkan.

Tetapi, menempuh ujian perlu dengan persediaan dan kekuatan. Bukan kekuatan fizikal jadi ukurannya, tetapi kekuatan jiwa. Ada orang diuji dengan masalah yang kecil sahaja, tetapi kerana jiwa lemah menyebabkan masalah menjadi besar. Ada orang diuji dengan masalah yang besar, tetapi kerana jiwanya kuat menyebabkan masalah itu menjadi kecil sahaja baginya.

Kita perlu keyakinan dan kekuatan seperti para sahabat generasi awal. Mereka itu kuat menahan ujian seksaan kerana memiliki kekuatan jiwa.

Mana datangnya kekuatan itu? Daripada IMAN mereka kepada Allah.

Mereka sentiasa jaga KEIKHLASAN mereka beriman kepada Allah, menyebabkan Allah ikhlas juga untuk menjaga IMAN mereka biar ditimpa ujian sebesar mana sekalipun.

Kita ini kadang-kadang tidak ikhlas beriman kepada Allah. Ada kala bersungguh menunaikan kewajipan-Nya, ada kala sambil lewa. Bagaimanalah Allah akan menjaga IMAN kita? Mari muhasabah semula!

Allah akan terus menguji dan menguji kita. Mungkin hari ini diujinya kesabaran kita. Esok lusa, kita didatangkan pula dengan ujian keikhlasan, ujian persahabatan dan lain-lain.

Bagaimana kita memandang ujian?

Kalau sekadar untuk menempuhinya, ramai sudah menempuhinya. Bezanya hanya gagal dan berjaya.
Gagal bila IMAN tidak tertingkat dengan ujian. Berjaya bila semakin menancap keyakinan di hati terhadap Allah dan jalan-Nya.

Lalu, bagaimana menjadi di kalangan yang berjaya itu?

Mari lakukan anjakan...!
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Saturday 16 April 2011

Bukan Sekadar Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim.

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Sekarang musim peperiksaan. Ada sahabat yang sudah, sedang dan bakal menghadapi peperiksaan semester. Ada sahabat yang menghadapi peperiksaan semester akhir di tahun akhir sebelum menjalani latihan praktikum. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang, insya Allah.

Seringkali apabila merasa 'sempit' dan dalam keadaan 'terpaksa', baru kita teringat kepada Pencipta. Kalau di waktu 'lapang' dan 'tidak memerlukan' maka kita seolah-olah membuang Tuhan, na'uzubillah.

Bila hampir menjelang peperiksaan, baru bersungguh semasa berdoa selepas solat. Itupun bagi mereka yang masih ingat adanya Tuhan (maka dia bersolat), ramai yang merasa tidak penting baginya atau dalam erti kata lain tiada keperluan kepada 'adanya' Tuhan untuknya maka segala yang dilakukan hanyalah untuk diri sendiri bertujuan dunia semata-mata.

Di ambang peperiksaan, ramai yang menjadi takut dan susah hati. Bimbang tidak mampu memberikan keputusan yang terbaik di mata ibu bapa, bimbang tidak mampu mengekalkan kecemerlangan lalu, bimbang tidak mampu menaikkan peratusan kelulusan yang lalu dan kebimbangan-kebimbangan ini hanya lahir di ambang peperiksaan sedangkan di saat peperiksaan masih jauh (lambat lagi) kita merasa seolah-olah 'dunia ini aku yang punya' tanpa ada kesedaran dan minat untuk BERUSAHA.

Dalam kehidupan kita di dunia, hubungan seorang manusia bukanlah hanya dengan manusia lain tetapi tali pengikat hubungan adalah Allah. Hablum minaLLAH wa hablum minannas. Jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan sesama manusia. Tunaikanlah hak-hak Allah, insya Allah pasti Allah akan menjaga hak-hak kita. Tunaikan hak-hak sesama muslim, insya Allah pasti Allah akan menjaga hak-hak kita.

"Saya takut nak menghadapi peperiksaan, saya bimbang tak mampu lulus lagi macam semester lalu."

Sebagai seorang HAMBA, yang perlu kita lakukan adalah USAHA dengan seBAIK mungkin. Maksimakan kemampuan dan keluarkan kelebihan yang ada pada diri, berAZAM untuk berjaya dan melakukan usaha yang TERBAIK sepanjang proses pendidikan dan peperiksaan.

TAWAKKAL kepada Allah dengan meletakkan seluruh pengharapan hanya kepada Allah yang pasti akan membantu hamba-hamba Nya. Serahkanlah hatimu kepada Allah, NATIJAH (keputusan) itu adalah urusan Allah.



Ingat, sebagai manusia (hamba) kita hanya perlu berusaha yang terbaik dan melaksanakan yang terbaik. Jangan lupa, natijah itu adalah urusan Allah. Apabila kita sibuk memikirkan perihal natijah, seolah-olah kita menyibuk urusan Allah. Allahuakbar.


Peperiksaan bukan hanya medan menguji ketajaman fikiran dan tumpuan minda untuk mencerna maklumat yang sudah di'download'kan ke dalam otak, peperiksaan juga bukan sekadar menguji kepintaran seseorang dalam mengaplikasikan teori yang dihadamkan ke dalam sel-sel otak.

Ia juga peperiksaan terhadap iman (keyakinan) kita kepada Allah. Seorang hamba yang beriman, apabila sudah berusaha sebaik mungkin dia tidak akan merasa gundah dan resah untuk menghadapi peperiksaan kerana dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dengan belajar bersungguh-sungguh dan menyerahkan urusan natijah kepada Allah.

Ada orang yang berusaha secara terbaik tetapi tetap gagal dalam peperiksaan. Selain perlu muhasabah kaedah 'terbaik' yang dilakukan, perlu juga melihat bagaimana hubungannya dengan Allah apakah sudah menunaikan hak-hak Allah dengan sebaiknya? Bagaimana hubungannya sesama manusia, apakah dia berbuat baik kepada ibubapanya, bagaimana pula sikapnya dengan gurunya, bagaimana akhlaqnya dengan sahabat-sahabat dan orang disekitarnya?

Saban waktu, menjelang peperiksaan kita akan memohon kemaafan dan meminta orang disekeliling menghalalkan apa yang terlebih dan terkurang (dalam hal akhlaq dan mungkin juga pada sudut material). Alhamdulillah, kesedaran untuk 'selesaikan' hutang sesama manusia sebelum menempuh peperiksaan sebenarnya akan menyuntik roh yang baru. Lebih baik kalau ianya dijadikan amalan, bukan sekadar trend menjelang peperiksaan.

Hati akan tenang kerana dosa sesama manusia sudah 'selesai', maka pohonlah keampunan yang bersungguh-sungguh dari Allah semoga dengan keampunan Allah akan memberi kelazatan kepada hati untuk mendapat ilmu bermanfaat yang barakah! :)

"Saya takut gagal"

"Saya sudah gagal"


Tidak ada kata putus asa bagi riwayat seorang muslim, berjalan dan teruslah berjalan. Masa tidak boleh diputarkan kembali dan peluang yang diberikan Allah ini, manfaatkanlah ia sebaik-baiknya bimbang peluang ini juga kita lepaskan maka tiada lagi peluang yang akan hadir kerana kita tidak tahu tempoh riwayat hidup kita sehinggalah nyawa kita ditarik oleh malaikat maut.

Andai kita belajar kerana Allah (seperti yang selalu diungkapkan) maka mengapa bimbang tentang urusan Allah (natijah peperiksaan) kerana Allah selalu memberi mengikut kadar usaha hamba tersebut. Allah tidak mengubah nasib kamu selain kamu mengubah nasib dirimu sendiri.

Ingat, sebagai seorang hamba (manusia) yang perlu kita laksanakan adalah usaha yang terbaik! Natijah itu urusan Allah, apabila kamu terlalu memikirkan perihal natijah seolah-olah kamu mencampuri urusan Allah!

kepada sahabat2ku..Fairuz,aisyah,Syikin,Zuhaida,Maslina,Asma,Syamimi..trima kasih atas kekuatan dan dorongan yg telah diberikan pada diriku ini disaat ana benar2 mmerlukan sokongan kalian..moga Allah bermudahkan Urusan kalian semua..selamat mneghadapi peperiksaan..moga kejayaan milik kita semua..



Wallahua'lam.
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Sunday 10 April 2011

Berpada dengan apa yang ada

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang Engkau kurniakan ini, hanya kepada Mu daku bersujud. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah, syukur ku panjatkan kepada Mu. Minggu-minggu yang ana lalui penuh dengan hikmah. Banyak perkara dan ilmu baru yang ana pelajari, terasa dekat denganNya. Moga hati ini sentiasa “hidup” dengan sihat. insyaAllah, amen.

Ada sesuatu yang ingin ana kongsikan dengan sahabat pembaca sekalian. Mungkin ada yang sudah dapat meneka dan mentafsir apa yang bakal ana coretkan setelah membaca tajuk artikel.

“berpada dengan apa yang ada”

Ayat yang cukup pendek, singkat, dan padat, tetapi punya maksud dan tafsiran dengan begitu mendalam. Kata-kata ini ana perolehi setelah bertanya kepada seorang ustaz.

“ustaz, macam mana ustaz boleh istiqomah dalam perjuangan Islam hingga ke hari ini?”

Jawabnya,“berpada dengan apa yang ada”

Ana bertanya lagi,“apa maksudnya?”

“Bersyukur dengan apa yang dimiliki”

Cukup setakat beberapa ayat itu, ana tidak bertanya dengan lebih mendalam. Sering kali ana berpesan kepada sahabat-sahabat, takkala berdamping dengan orang yang soleh dan solehah, jangan sekali-kali lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat darinya hatta sepotong ayat sekali pun.

Pada mulanya, ana juga kurang jelas dengan kata-kata ustaz ana. Tercari juga hikmah disebalik ayat yang diucapkannya. Beberapa bulan berlalu, ana tersenyum sendiri takkala mengingati semula kata-kata tersebut.

Ana tersenyum kerna ana terjumpa kata-kata lain yang menunjukkan dengan jelas maksud disebalik kata-kata ustaz ana.

“Orang yang merasa cukup dengan apa yang ada, itulah sebenarnya orang yang kaya”

Pernah tak kita dengar, ada orang kaya yang punya harta yang melimpah ruah tetapi tidak pernah merasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki. Jika sudah punya harta berjuta-juta, mahu dicari lagi hingga berbilion-bilion.

Tetapi berlainan pula dengan yang miskin, dapat makan nasi dalam satu hari yang kadang-kala berkuahkan kicap dan berlaukkan garam, itupun sudah merasa cukup buat dirinya. Begitulah juga sebaliknya.

Manusia ini tidak pernah merasa puas dengan apa yang dia miliki. Jika sudah dapat apa yang dia mahu, dia mahu yang lebih lagi. Itulah sifat manusia yang dipenuhi dengan nafsu. Lantaran itulah ramai yang kecundang dengan nikmat duniawi yang sementara cuma.

Siapa yang tidak mahu miliki rumah banglo bertingkat-tingkat, punya tanah beratus ekar, punya kereta BMW atau Mercedes 10 buah dan banyak lagi. Keinginan itu pasti ada, namun sampai bila keinginan itu mahu dituruti? Sebab nafsu manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki.

Akhirnya semua itu hanya memakan dan menganaiya dirinya sendiri kerna kita tahu, harta yang di kumpul, pangkat yang di kejar dan kekuasaan yang di miliki itu tidak akan turut serta disaat kita dikebumikan nanti.


Sampai bila keinginan itu mahu dituruti??. Bukankah lebih baik jika bersyukur dengan nikmat yang telah Allah s.w.t. kurniakan buat kita. Takkala nikmat untuk bersyukur itu hadir, terasa diri ini merasa cukup dengan apa yang ada.

Malah terasa lebih bertuah jika dibandingkan dengan orang yang jauh lebih serba kekurangan dari kita. Maka, lafazkanlah Alhamdulillah………….(^_^)

Tergiang-giang kata-kata sahabat ana, “nak tahu berapa ramai yang bersyukur atas nikmat Allah s.w.t. senang je. Tengok berapa ramai yang lafazkan alhamdulillah takkala menerima sesuatu”

Ayuh sahabat, kita tarbiyah hati dan jiwa kita untuk merasa cukup dengan apa ada. Berpada dan bersyukur dengan apa yang dimiliki. Wassalam..(^_^)
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Friday 8 April 2011

Kekuatan Yang Lebih

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, semoga hamba ini termasuk dalam golongan yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada DIA, Pemilik Isi Dunia & Akhirat kerana kita masih dapat merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam.. di kala manusia lain enak di buai mimpi..bangunlah wahai insan yang bernyawa..bangunlah menghadap Allah yang Esa. bermujahadahlah demi mendapatkan kemanisan yang tak terhingga.

Ada manusia yang mencari-cari kekuatan. Dia meminta tips daripada ana. ana hanya boleh tersenyum , kerana ana bukannya orang yang kuat. Cuma, ana boleh berkongsi sedikit, dari mana ana bertemu dengan kekuatan.

Solat Tahajjud.

ana yakin, semua orang sudah pun sedia faham dan sedia tahu akan kelebihan-kelebihan solat tahajjud. Jika masih ada yang tidak mengetahui, izinkan ana

memetik sebuah hadis daripada kitab Shahih Bukhari. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah Yang Maha Suci lagi Agung akan turun ke langit dunia pada 1/3 akhir malam lalu berfirman, "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, akan Aku perkenankan doanya. Sesiapa yang meminta ampun dari-Ku, akan Ku ampunkan dia".


"Seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat sunnat yang dikerjakan di tengah malam"- Hadis riwayat Muslim.

Selain itu, beberapa tempat dalam al-Quran juga ada menegaskan tentang solat tahajjud ini. Antaranya pada ayat ke 79 daripada surah ke 17, al-israk, ayat 16 daripada surah As-Sajadah (surah ke 32), ayat 2 serta 20 daripada surah Al-Muzammil (surah ke 73).

Tidaklah ana berniat untuk bercakap lebih-lebih tentang kelebihan kerana ana pasti, setiap orang tahu bahawa solat tahajjud ini adalah suatu yang sangat istimewa. Tapi... kerana malas, jarang benar kita buat. Betul?


Para Sahabat nabi.

Sesekali tidak akan ada upaya kita menandingi ibadah mereka. Solat mereka panjang-panjang. Ibadah mereka, semuanya khusyuk dan tunduk. Bahkan mereka sedikit sekali tidurnya. Ah. Jika mahu digambarkan kehidupan para sahabat r.anhum, maka bahasa yang mudah ialah 'mereka ibarat singa kala siang dan ibarat tikus saat tibanya malam'.

Ini adalah kerana setiap hari yang berlalu, akan mereka layari dengan perjuangan yang gigih di waktu siang. Dakwah, peperangan, jihad dan lain-lain, semuanya dilaksana bersama iman yang terpahat kukuh. Lagaknya seperti singa yang tangkas. Tetapi di waktu malam, mereka ibarat tikus yang ketakutan. Mereka akan mula beribadah sambil bersendu-sendan. Basah lencun janggut-janggut mereka dengan titisan air mata. Mereka.... sedang diri sedia banyak amal dan juangnya, masih takut akan murka Ilahi. Sedang kita? Ah, jawablah sendiri....

Jika kalian search di google tentang solat tahajjud, kalian akan bertemu dengan cara-cara, adab dan segala perincian tentang ibadah istimewa ini.

Istimewanya ibadah.

Ramai yang sudah bertanya tentang solusi untuk memujuk hati. Skrip mereka sama. "Saya tak mampu nak tenang lah..", "Saya rasa down lah..." , "saya rasa depress dengan &*%$.."

Sebagai manusia yang sama seperti kalian, ana juga mengalami masalah dan situasi yang sama. Futur? itu berkali-kali, mungkin. Iman merundum jatuh, itu juga ada kadangkalanya. Tetapi, istimewanya bangun malam itu... ia benar-benar memberi ketenangan.

Pertama, jika ana rasa down, ana akan mulakan dengan membaca al-Quran. Surah pilihan pastinya surah Yusuf tetapi surah apa-apa pun tidak mengapa. Kerana seingat ana, dalam ayat 57 daripada surah Yunus, Allah telahpun mengisytiharkan bahawa dalam al-Quran, wujud penawar bagi penyakit rohani juga jasmani. Penyakit hati, juga penyakit badan.

Istimewa, apabila kita bangun disaat orang masih tidur, memang suasana sunyi itu membantu kita untuk khusyuk. Saat itu, kita akan mula berfikir sendiri, terkenang sendiri dosa-dosa kita. Ah, terbayang benar kehidupan selepas mati nanti. Sunyi pastinya. Tanpa siapa boleh menjadi teman. Ahli keluarga tercinta, sahabat handai terhormat, semua tidak menjadi teman. Tapi tahajjud itu, ia bisa. InsyaAllah.

Satu lagi cara memperoleh tenang ialah dengan menangis. Menangis... dan teruskan menangis. Jangan ditahan ego. Jangan diselit lagi rasa hebat sendiri. Sungguh, kita semua ini tidak hebat. Langsung tidak! Kerana hakikatnya, semua yang datang ialah datang daripada Allah. Semua yang hilang, ialah hilang kerana ketentuan Allah. Memang kita tidak ada upaya sedikit pun, selain Allah lah yang memberi semuanya.

Menangis, kenangkan dosa.

Menangis, kesalkan masa-masa dan umur yang berlalu.

Kita tidak menjadi makin muda. Kita semakin menghampiri mati. Ah, malang benar jika mati tanpa amal. Lebih malang pula jika mati bersama taubat yang belum terlaksana!

Ketiga, berdialog dengan Tuhan. Er... maksud ana ialah berdoa. Dan doa, dalam bahasa yang kita tahu. Jika faham arab, silakan. Jika faham melayu, teruskan dengan yang kita faham. Jangan terlalu skema, kerana jika terlalu mengikut 'skrip' kita takkan dapat 'feel'. Sebaiknya, merayu dan pohon sungguh-sungguh kepada Allah.

Kesimpulan.

Selepas kalian baca artikel ini, tidakkah timbul rasa mahu mencuba merasa betapa nikmatnya menangis, merintih dan merayu pada Allah. Biarlah saat itu kita ceritakan segala keaiban kita kepada Dia. Fikirkan... Allah sudah pun tahu segala keaiban kita, tapi masih tetap Dia sembunyi dan lindungi segala dosa batin kita. Setiap bayangan-banyangan tidak elok kita, setiap maksiat belakang-belakang yang kita buat, semuanya dalam 'poket', tapi Dia tak malukan kita pun!

Dan sungguh, ana yakin benar bahawa tiada siapa pun yang benar-benar suci, tanpa perlu dia merasa dirinya berdosa dan perlu meminta keampunan.

Wallahua'lam.

Moga kalian lebih terpanggil untuk menghidupkan malam-malam kalian dengan amal soleh kerana yang pasti, ia memberi sejuta macam tenaga yang tidak akan kalian temui selain daripada ini. Fastabuqul khairat!
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Demi cinta ALLAH

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, semoga hamba ini termasuk dalam golongan yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada DIA, Pemilik Isi Dunia & Akhirat kerna masih memberi kesempatan kepada hamba ini untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca sekalian.

Ana terbaca suatu kisah yang insyaAllah memberikan kita motivasi untuk terus mencapai cinta Allah.." Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Thursday 7 April 2011

Travelog Hidayah

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, semoga hamba ini termasuk dalam golongan yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada DIA, Pemilik Isi Dunia & Akhirat kerna masih memberi kesempatan kepada hamba ini untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca sekalian. Ana baru sahaja menamatkan pembacaan sebuah lagi buku iaitu sambungan kepada buku Travelog Syahadah. Penulis yang sama, tetapi pengisiannya yang berbeza.

Sekiranya buku Travelog Syahadah menceritakan bagaimana perjalanan penulis sebelum memeluk Islam dan cabaran-cabaran yang terpaksa ditempuhi semata-mata mahu bergelar Muslim. Buku Travelog Hidayah pula menceritakan bagaimana kehidupan penulis setelah memeluk Islam.

Bagi pembaca yang tidak berkesempatan membaca coretan ana mengenai buku penulis yang pertama, boleh tekan link ini Tavelog Syahadah.

Selepas ana membaca buku ini, hati terasa begitu terkesan sekali kerna buku ini juga menunjukkan keajaiban syariat yang telah diatur dan diperintahkan oleh Allah s.w.t..ana bagi satu contoh yang tertulis dalam buku nie.



“pengalaman saya sebelum Islam, selepas mencuci bekas makanan yang digunakan bagi memasak atau menghidangkan apa jua jenis masakan daging khinzir, yang saya temui adalah baunya tidak akan hilang. Walaupun di cuci dengan apa jua serbuk pencuci dan saya amat tidak selesa dengan bau tersebut.”

“selepas saya memeluk Islam, saya pernah balik ke kampung halaman mahu mencuci dan menyamak bekas yang akan digunakan bagi memasak di rumah ibu bapa say. Subhanallah, selepas samak, saya mencium bau pada bekas tersebut. ternyata baunya hilang sama sekali. Peristiwa ini sudah cukup membuktikan kepada saya, betapa syariat yang dibawa oleh Islam itu adalah benar”

Bergetar jiwa ana membaca bait kata-kata yang ditulis oleh penulis. Islam itu hebat, syariat Allah s.w.t. adalah untuk menjaga umatnya, tetapi kenapa masih ramai dalam kalangan umat Islam yang memperlekeh dan tidak mengikuti syariat yang telah DIA tetapkan…Nauzubillah.

“berduyun-duyun manusia mengejar Ijazah, Master dan PHD dan berjaya memperolehinya. Namun, tidak ramai yang berjaya memperoleh “Ijazah, Master dan PHD” dalam Universiti Kehidupan”

Ana suka membaca kisah, pengalaman dan perjalanan hidup saudara baru kerna ia membuatkan ana muhasabah sendiri. Terasa malu pun ada dengan mereka. Ana lebih lama Islam berbanding mereka, namun ilmu dan amal terasa sedikit sekali berbanding dengan mereka.

Jadi, bagi para pembaca yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang pengisian dalam Travelog Syahadah, bolehlah dapatkan buku ini di kedai-kedai buku yang berhampiran dengan kalian. Selamat membaca…(。◕‿◕。)
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Tuesday 5 April 2011

ISTIKHARAH, MIMPI & GERAK HATI

Bismillahirrahmanirrahim.

Kes 1

Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi.


Kes 2

Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut . Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah.


Kes 3

Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya.


Masalah Istikharah

1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah


عن ‏ ‏جابر بن عبد الله ‏ ‏قال ‏
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يعلمنا ‏ ‏ الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول ‏ ‏إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏

Maksudnya : Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya: Adalah Nabi s.a.w. mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):

ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏


‏ ‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي بكر الصديق ‏
أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان إذا أراد أمرا قال ‏ ‏اللهم ‏ ‏ خر لي ‏ ‏ واختر لي ‏

Maksudnya : Dari Aisyah r.a. meriwayatkan dari Abu Bakr as Siddiq bahawa Nabi s.a.w. apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : "Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku."

عن ‏ ‏جابر ‏ ‏قال ‏
قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه ‏

Maksudnya: Dari Jabir r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)


2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah

Pertama:

Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana Nabi s.a.w. menyatakan dalam hadis:

إذا همّ أحدكم بالأمر

Perkataan yang Nabi s.a.w. yang digunakan ialah " هم" yang bermaksud hasrat, dan bukannya " تردد" ( teragak-agak). Perkataan " همّ" adalah tahap sebelum " عزم"(keinginan kuat)

Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut

Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.


Kedua :

Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaja contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang 'grand', sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :


(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها((

Maksudnya : Adalah dia (Nabi s.a.w.) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara (Riwayat Tirmizi)


Ketiga :

Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi s.a.w. :

(( فليركع ركعتين من غير الفريضة.((

Maksudnya : Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu.

Penggunaan perkataan "من غير الفريضة"( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar Nabi s.a.w., maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah.


Keempat :

Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan.

Sila perhatikan kepada firman Allah s.w.t.:

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)) البقرة:216)

Maksudnya: Dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut.

Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya.


Kelima :

Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah "nur" yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t. terhadapnya, jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang.

Inilah beberapa salah faham yang perlu kita perbetulkan atau memberi kesedaran kepada yang masih lagi kurang jelas dalam permasalahan ini. Semoga ada kebaikan hasil dari tulisan ini.

****

Wallahua'lam
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Thursday 17 March 2011

Salah faham terhadap Islam

Kejahilan menjadi punca berlakunya salah faham di kalangan umat Islam terhadap ajaran Islam yang sebenar. Muhammad Qutb menegaskan bahawa salah faham terhadap Islam merupakan kefahaman yang salah dan menyeleweng terhadap ketuhanan, alam semester, kehidupan dan kemanusiaan. Pendek kata, salah faham manusia terhadap Islam merangkumi segala lapangan kehidupan manusia dari aspek akidah, syariat dan akhlak.

Salah faham juga boleh terjadi apabila seseorang menimba ilmu agamanya bukan daripada sumbernya yang asli iaitu Al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran dan as-Sunnah saja merupakan sumber rujukan dan pegangan utama umat Islam dalam memahami hakikat Islam yang sebenarnya. Selain daripada kedua-duanya, umat Islam akan mudah salah faham terhadap
Islam dan tersesat daripada jalan yang lurus. Rasulullah bersabda ynag bermaksud:

“ aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu sekali-kali tidak akan tersesat selagi kamu berpegang teguh pada keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah NabiNya.”

Kelemahan yang melanda umat Islam kini berpunca daripada kurang kesedaran, lupa diri, tidak menggunakan seluruh kekuatan dan potensi, tidak berdikari dan banyak bergantung kepada barat, daya berfikir yang kerdil, sempit dan jumud, budaya taklid yang merugikan, dan lain-lain.

Lebih tegas lagi bahawa kelemahan dunia Islam hari ini bukanlah disebabkan hebatnya serangan musuh atau cekapnya perancangan mereka mengatur strategi, tetapi kerana mereka bijak mengambil kesempatan terhadap pelbagai masalah, kepincangan dan kelemahan dalaman umat Islam. Yang pastinya adalah dunia Islam semenjak abad ke-12H/18M dan ke-13/19M telah dilanda sindrom kejahilan dan kebekuan fikiran. Islam kini hanya tinggal pada nama dan membuka ruang kepada serangan pemikiran, budaya, politik dan ketenteraan. Serangan barat boleh dikatakan sebagai membalas deneam terhadap kekalahan mereka dalam Perang Salib yang berlanjutan hampir 200 tahun.

Dari segi implikasi psikologi, Barat berjaya menyogok falsafah dominasi nilai kebaratan dan kemenangan fahaman materialism ke atas konsep, doktrin dan cara hidup Islam. Akibat kekalahan kepada pihak Barat, ia telah menghakis wajah keislaman dan mengembalikan wajah jahiliyah. Malah, kesannya dirasai dalam segenap bidang kehidupan manusia termasuk pendidikan, ilmu pengetahuan, ekonomi, kewangan, ketenteraan, kesenian, sosial, sains, kebudayaan, dan media massa.

Di dalam bidang pendidikan, seriusnya kesan kekalahan itu sehingga ilmu utama kejuruteraan, psikologi, sosiologi, biologi, astronomi, fizik, kimia, matematik, ekonomi dan perubatan yang diajar di institusi-institusi pendidikan terpisah jauh daripada roh Islam, sedangkan pengasas dan pelapor semua ilmu tersebut adalah ilmuan Islam. Apa yang menyedihkan lagi apabila mahasiswa Islam terpaksa merujuk fakta atau teori Barat yang kadang kala bertentangan dengan Islam dalam mempelajari ilmu itu hingga tidak kurang pula daripada mereka ini yang pemikiran, nilai, jati diri, cita rasa, aliran dan gaya hidup sebati dengan kiblat tamadun Barat.

Dari ini, maka akan lahirlah berbagai-bagai ideologi-ideologi moden seperti sekularisme, kapilalisme, nasionalisme, sosiolisme dan sebagainya nmengambil tempat Islam sehingga menjadi anutan dan pegangan umat Islam sehingga menjadi anutan dan pegangan umat masa kini dalam seluruh lapangan hidup. Natijahnya, Islam mula terpinggir jauh daripada reality kehidupan semasa, malah ada yang menganggap ideology modean tersebut seperti sekularisme dan nasionalisme juga sebahagian daripada Islam
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Monday 7 February 2011

The Power Of Du'a



Berdoa adalah perumusan fikiran mengenai sesuatu yang kita ingin mencapai. Dengan kata lain, ia adalah kemahuan ikhlas yang kita inginkan. Ia lahir daripada keinginan yang mendalam, dan mencerminkan kemahuan yang kita inginkan dalam kehidupan kita. Maka, berdoa adalah penyataan keinginan naluri kepada keamanan, kebahagiaan, kegembiraan dan segala kenikmatan kehidupan.

Berdoa menyampaikan getaran dari seorang kepada yang lain melalui Yang Maha Esa. Setiap sesuatu di alam maya ini dalam getaran. Atom-atom yang wujud pada sebuah meja turut mempunyai getaran. Udara sekeliling kita juga dipenuhi dengan getaran-getaran. Begitu juga tindak balas antara seorang manusia kepada yang lain mempunyai getaran masing-masing. Pendekata, berdoa adalah perihal tenaga kekuatan. Penzahiran kekuatan kerohanian menyatakan kesucian ruh.


Dengan ini, kita menggunakan kekuasaan yang wujud di alam kerohanian apabila kita berdoa untuk yang lain. Kita menyampaikan diri kita kepada yang lain perasaan keintiman, keperihatinan, kefahaman dan sebagainya melalui cara menghidupkan getaran di sekeliling kita di mana Allah s.w.t. akan menyampaikan matlamat doa yang dimohon. Kita akan merasai ketakjuban beroda jika kita melaksananya dengan penuh keyakinan dan keikhlasan.


Dugaan hidup yang menimpa diri kita berlaku dalam berbagai-bagai bentuk. Namun, masalah dan musibah bukanlah bermakna berakhirnya suatu penghidupan. Ini kerana Allah s.w.t. ada bersama-sama kita dan pertolongan Allah s.w.t. itu hampir kepada kita.


Singkaplah tirai yang membatasi hubungan kita dengan Allah s.w.t. melalui sembahyang, doa dan zikir. Patuhi Allah s.w.t. dan tinggalkan laranganNya. Bila kita sudah mula menghampiri Allah s.w.t., Dia pun akan segera menghampiri kita dengan menurunkan rahmat dan pertolonganNya.


Bagi keberkesanan dalam berdoa, kita hendaklah sentiasa membayangi Allah s.w.t. dan ketentuan-ketentuanNya dalam setiap apa yang kita lakukan. Dengan cara ini, kita berusaha dan berikhtiar melakukan apa yang patut sementara hati dan fikiran kita berserah kepada Allah s.w.t. akan keberkatanNya.


Maka, kita akan menempuh hari-hari kita dengan hati dan fikiran yang lebih tenang dan lapang, tanpa ada kegelisahan atau kebimbangan mengenai keberhasilan. Ini kerana keberhasilannya dari ikhtiar kita adalah ketentuan dari Allah s.w.t.. Apa jua ketentuan Allah s.w.t. tersebut adalah kita seharusnya bersyukur dan redha kerana itulah yang terbaik untuk kita mengikut ilmuNya.


Ini kerana disisi Allah s.w.t. ada jawapan dan jalan penyelesaian kepada apa jua permasalahan hdup kita. Allah s.w.t. yang menurunkan nikmat ketenangan, kepuasan serta kebahagian dan Allah s.w.t. jugalah yang mencurahkan rahmat kejayaan serta rezeki. Dari itu, dampingilah Allah s.w.t. dengan bersembahyang, berdoa dan bermunajat. Jadilah seorang hamba yang disayangi Allah s.w.t. dengan mematuhi segala suruhan dan laranganNya.

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."

(Surah Yunus: ayat 57)

"Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

(Surah al Baqarah, ayat 214)


Bisikan dalam hati:

"Aku berani menghadapi dugaan dalam hidupku. Tirai yang membatasi diri dengan Allah telahku singkap luas. Aku bahagia bersembahyang, berdoa dan berzikir. Aku kini bersama dengan Allah dan pertolonganNya. Dengan sebab itulah aku tidak lagi takut, resah dan bimbang untuk menghadapi apa jua dugaan dalam hidupku!

Aku kini sentiasa membayangi Allah dalam setiap perkara yang aku lakukan. Aku akan berusaha dan berikhtiar untuk melaksanakan apa yang patut dan keberhasilannya kelak kuserahkan kepada Allah untuk menentukannya. Aku bersyukur dan redha kerana setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik berdasarkan pengetahuanNya.

Aku yakin nikmat ketenangan, kepuasan dan kebahagiaan dari Allah bagiku. Aku juga yakin rahmat kesihatan, kejayaan dan rezeki dari Allah kini untukku.

Aku sentiasa ingin berada disisi Allah. Ini kerana disisiNya ada jawapan dan jalan penyelesaian kepada apa jua permasalahan hidupku. Aku kini telah menjadi seorang hamba yang patuh kepada Allah.

Aku tidak menyesali kepahitan hidup masa silam. Kini aku memandang masa depan dengan penuh keyakinan dan harapan. Sesungguhnya, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

* * * * *


Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Thursday 27 January 2011

Sahabat..ku mnyayangimu krna Allah


Ali dan Ahmad merupakan org yg hidup dalam serba kekurangan.
Mereka berdua berkawan baik.Setiap kali selepas sehari berusaha mencari rezeki,mereka akan singgah ke masjid dan berdoa.

Ahmad bertanya,
"Kau berdoa apa harini Ali?"
Ali menjawab,"aku berdoa agar dikurniakan rezeki yg lebih,bulan ini perbelanjaanku lebih dari biasa...engkau pula beroda apa?
Ahmad hanya tersenyum tanpa jawapan.

Keesokannya,Ali memberitahu Ahmad doanya makbul kerana majikannya memberikan bonus.
Ali berkata,"Harini aku ingin berdoa semoga isteriku selamat bersalin."
Kemudian mereka berdua pun msuk kedalam masjid dan berdoa.
Usai berdoa,Ali bertanya kepada Ahmad apa yg dia berdoa pada harini tetapi Ahmad masih lagi tersenyum,masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian Ali memberitahu Ahmad bahawa isterinya selamat bersalin.Katanya,"Tidak sangka doaku sgt makbul,alhamdulillah."
ahmad berkata,"Tahniah Ali,aku harap anakku sembuh dari penyakitnya."Ali bertanya,"kenapa dengan anak kau?""Anakku sakit tenat beberapa hari ini,aku bimbang Ali."Ali berkata,"Kau jgn risau,doalah kuat2 skit."Kemudian keduanya msk ke masjid.

Beberapa hari kemudian Ali bertanya,"Bagaimana keadaan anak kau AHmad?""Macamtu saja,tidak berlaku bnyk perubahan."
"aku tidak sgka doaku sgt makbul tetapi kau...."Ahmad bertanya,"Kenapa dengan aku?"Ali menjawab,"aku lihat doamu tidak makbul Ahmad."
Ahmad tersenyum....Ali pun menjadi hairan lantas berkata,"Doamu tidak makbul tetapi kau masih tersenyum?"Ahmad menjawab,"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah,Alhamdulillah."
Kemudian Ali berkata,"Tetapi tidak melihat sebarang perubahan pada diri kau."
Ahmad tersenyum dan berkata,"Doaku sejak dari dulu hanyalah untukmu wahai sahabatku. Aku berdoa agar Allah memakbulkan setiap doa yang engkau piinta kepadaNya."

Semoga mendapat iktibar...
Ketahuilah doa kita untuk org lain itu lebih tinggi disisi Allah...
Selamat berdoa.....(^_^)

Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Monday 10 January 2011

MENYEMARAKAN USAHA DaKWaH FARDIYYAH

Dakwah Fardiyyah atau dalam bahasa Melayu bermaksud dakwah secara individu adalah satu usaha yang sangat besar dalam pembangunan masyarakat dalam sesebuah komuniti dan negara. Walaupun ianya dilihat sebagai satu perkara yang kecil tetapi sumbangannya dalam kejayaan sebuah dakwah secara jamaah tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh, kita lihat sejarah awal Islam bagaimana baginda SAW melakukan dakwah secara senyap (sirr) kepada kelompok manusia yang dekat dengan beliau seperti isteri, rakan, saudara dan sebagainya adalah antara contoh metodologi yang boleh kita lakukan dalam masa ini.

Disamping itu kita perhatikan bagaimana dakwah secara fardiyyah ini memberi sumbangan yang besar kepada kebangunan umat. Contoh yang dilakukan oleh baginda SAW dan para sahabat apabila terpegun dengan ketokohan dan kewibawaan individu yang berada bersama-sama baginda di awal Islam. Kita lihat bagaimana berhemahnya Saidina Abu Bakar As Siddiq, ketokohan beberapa sahabat lain yang begitu dikagumi oleh lawan dan kawan memberi sumbangan kepada pertambahan orang-orang Islam pada waktu itu. Apakah kita tidak sedar bahawa besar sekali sumbangan dakwah secara fardiyah dalam usaha kita menyebarluaskan lagi islam kepada seluruh umat tidak kira islam atau tidak.

Bentuk dakwah fardiyah

Dr. Fathi Yakan membahagikan dakwah fardiyyah kepada dua bahagian, pertama adalah dakwah fardiyyah yang berlaku atau muncul dikalangan individu yang telah berada dalam sesebuah jamaah (berintima’ dengan harakatul Islam). Usaha ini dilakukan oleh individu yang melakukan dakwah hasil daripada idea dan pendekatan secara lebih intensif dan teratur melalui perancangan sesebuah jamaah. Hasil ini akan membawa kepada jemputan semua golongan kepada jamaah yang dianggotainya atau sekurang-kurangnya memperbaiki diri ke arah kebaikan. (faaslihu) Kedua, dakwah fardiyyah dikalangan individu yang belum berintima’dengan jamaah. Usaha ini banyak dilakukan individu yang mana biasanya menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah bebas. Sejauhmana bebasnya mereka ini pun masih berada dalam tandatanya.

Dalil-dalil dakwah Fardiyyah

Kita dapat perhatikan, bahawa ada dua dalil yang boleh menjadi sumber rujukan kita tentang mengapa dakwah fardiyyah ini penting, Pertama adalah dalil daripada al-Quran, dalam surah al-fussilat ayat 33 berbunyi “ Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada jalan Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata” Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” Begitu juga dalam hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Al-Sahih menyebutkan “ Barangsiapa menunjukkan orang kepada kebaikan ia mendapatkan pahala sebagaimana orang yang mengerjakannya.

Akhlak Dakwah Fardiyyah

Selaras dengan kepentingan dakwah fardiyyah yang juga menyumbang kepada kejayaan dakwah islam, maka kita harus juga melihat kepada ciri-ciri yang boleh membawa kepada kejayaan usha dakwah fardiyah ini. Disini digariskan cirri-ciri yang boleh dijadikan panduan yang sepatutnya ada pada individu-individu yang mahu menjalankan dakwah secara fardiyyah. Antaranya:

Pertama, Uswah dan Qudwah, maknanya menjadi teladan kepada orang lain. Ciri uswah dan qudwah ini sangat penting kerana ianya menjadi contoh yang utama dalam memastikan misi dan visi dakwah berjaya menarik orang kepada usaha tersebut. Kita lihat bagaimana para sahabat yang menjadi contoh dan uswah,turut menjadi tarikan kepada orang lain untuk memasuki Islam. Begitu juga kita sebagai individu muslim, contoh ini bermakna ianya harus tergambar sebagaimana kata-kata dan perbuatan, gandingan antara uswah dan qudwah,

Kedua, Ikhlas seluruh tujuan dan gerak kerja dakwah samada fardiyyah mahupun jamaah haruslah digariskan secara besar dengan misi ikhlas kerana Allah Taala. Misi ikhlas ini tidak boleh dipinggirkan daripada sanubari para pendakwah kerana dengan keikhlasan ini akan membawa kepada kekuatan dan kebenaran dakwah. Tanpa ikhlas akan membawa kepada ketidakjujuran dalam berdakwah. Akan timbul perasaan cepat putus asa dan tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. Firman Allah dalam surah al-An’am “Sesungguhnya solat ku, ibadatku hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah , tuhan semesta alam”

Ketiga, sabar dan ihtisab, maknanya dalam dakwah individu pastinya akan menghadapi pelbagai dugaan samada kecil atau besar, justeru para pendakwah harus menyediakan diri dengan kesabaran yang tinggi. Ihtisab, maknanya mengharapkan pertolongan Allah, Ini kerana kadangkala usaha dan ikhtiar kita yang dirancang kadangkala tidak mampu kita lakukan dek kerana hubungan dengan allah yang masih cetek. Firman Allah dalam surah al-Ahqaf ayat 35 “Bersabarlah sebagaimana kesabaran para ulul azmi daripada para rasul”

Keempat, pengorbanan, jiwa berkorban harus dibentuk agar usaha dakwah akan dapat disuburkan dalam jiwa para dai. Kekuatan yang ada dalam jiwa para sahabat nabi semasa melakukan dakwah antara lain adalah kekuatan jiwa berkorban semata-mata kerana Allah samada berkorban, harta, jiwa, wang ringgit dan sebagainya. Untuk kita sebagai pendakwah muda, usaha ini tidak akan berjaya kalau kita hanya mementingkan diri sahaja. Percayalah bahawa berkorban ini seumpama menyemai benih yang mana hasilnya akan kita tuai dihadapan Allah Taala kelak.

Kelima, berinteraksi dengan pelbagai orang, janganlah sampai seorang daie yang baik itu menghabiskan masa menumpu kepada sesetengah pihak sahaja. Membuka ruang dakwah kepada pihak-pihak yang lain juga perlu bagi memastikan masa tidak dihabiskan disitu sahaja. Pengharapan yang tinggi juga tidak wajar dibuat kerana peranan kita sebagai dai adalah sebagai penyeru bukan penentu kepada kejayaan hasil daripada usaha kita selama ini.

Keenam, Antisipasif dengan kegagalan dakwah, sebagai daie yang berjiwa besar dia tidak harus berasa kecewa apabila dakwah yang dilakukan tidak mendapat respon yang positif daripada para madu nya. Dalam jiwa dai itu harus ada perasaan bahawa hidayah itu datang daripada Allah Taala bukan daripada tangan-tangan kita.

Ketujuh, menjaga hak-hak ukhuwwah Islamiah sesama madu’ yang kita dihadapi. Sebagai dai mereka haruslah menjaga hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja agar kredebiliti yang ada tidak akan terjejas akibat daripada kesilapan yang dilakukan. Sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara itu perlu agar tindakan tidak akan sia-sia. Yang penting para dai harus peka kepada perubahan agar mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara yang menjejaskan usaha dakwah.



Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Sunday 9 January 2011

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang telah Engkau berikan, redhakanlah daku menjadi hamba Mu. Hanya kepada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Takkala kali pertama membaca bait kata-kata ini, jiwa ana bergetar. Hampir sahaja air mata mengalir di pipi ana, lantas memikirkan…hebatkah aku? Ana ambil dari seorang sahabat di facebook…

Hebat ialah macam Hassan al-Banna, pada usia 12 tahun menubuh geng amar ma’ruf nahi mungkar dan berceramah di kedai kopi kepada pak cik-pak cik yang umurnya berganda-ganda umur.

Hebat ialah macam Muhammad al-Fateh, tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud, dan rawatib sejak baligh, dan diminta memerintah selama 2 tahun pada usia 12 tahun atas permintaan ayahnya, dan pada usia 21 tahun meruntuhkan Kota Kebal Konstantinopel.

Hebat ialah macam Faris Audah, kanak-kanak berusia 11 tahun yang menentang kereta kebal dengan melontar batu-batu kecil dari runtuhan bangunan di Palestin.

Hebat ialah macam Saidina Ali, mengisytiharkan kesediaannya untuk bersama perjuangan Baginda s.a.w. di hadapan YB-YB Quraisy sedangkan usianya baru 13 tahun, biarpun berderai ketawa Dato’-dato’ dan Tan Sri Quraisy mendengarnya. Tetapi dalam Perang Badar, dialah perajurit Islam yang membuatkan YB-YB dan Tan Sri-Tan Sri ini bertempiaran lari.

Lalu….hebatkah kita?

Hidup ini hanya sekali… Mengapa kita mahu menjadi orang-orang biasa…? Adakah syurga untuk orang hebat atau orang biasa-biasa…?

XXXXXXXXXXXXXXXX
renungilah dan insafilah diri kita


Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Friday 7 January 2011

Halawatul Ukhuwah Mahabbah Lillah


"Nikmat paling manis apabila ALLAH TA'ALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

UKHUWAH itu terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis apabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan, namun tidak semua manusia menghargai sesebuah ukhuwah tersebut. ukhuwah itu persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA. Ukhuwah itu terlalu indah kerana titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI. Sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.." Tidak rugi andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih. Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)


Sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..


Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...


-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..


-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak


-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA


-Diampunkan dosa-dosa mereka -Akan mendapat kasih sayang ALLAH


-Sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat....


Ukhuwah itu perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa serta perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.

Ukhuwah juga didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.


Ukhuwah dapat diselami apabila kita:

"Sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)


"Sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)


"Hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"Memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa"

"Hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan"

"Hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"Hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan."

"Memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."

Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TA'ALA..

Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Thursday 6 January 2011

HEBATNYA KUASA DOA

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini, matikanlah aku dalam agama Mu ini…ameen. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Imam seluruh Umat Islam yang teramat diri ini rindui untuk bertemu dengan mu, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Jom sahabat kita “mengembara”…(^_^)…. Selamat membaca….

XXXXXXXXXXXXXXX

Seorg Ibu tlh pergi ke sebuah seminar motivasi yang sedang adik lelakinya hadiri, ada satu slot untuk ibu bapa pelajar. Penceramah berpesan, “ibu nie doanya mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t…jadi, kalau marah kat anak pun janganlah sampai sumpah seranah anak tu. Tetapi bersabar dan berdoalah moga jadi anak soleh dan solehah..”.

Ibunya juga ada cerita, ada sebuah keluarga nie anaknya seorang penagih dadah. Sudah pergi banyak tempat untuk berubat, dah bermacam ubat makan tetapi macam tu jugak. Akhirnya si ibu mengamalkan dengan membaca yasin setiap malam sebanyak 40 kali selepas itu sambung dengan qiammullai, tadah tangan dan berdoa kepada Allah s.w.t... Alhamdulillah…anaknya kini bergelar ustaz…subhanallah…

Kisah lain lagi, ada seorang saudara Muslim yang baru sahaja memeluk agama Islam. dirinya susah sangat nak baca al-Quran sebab lidah keras. Akhirnya dia bangun tiap-tiap malam dan berdoa kepada Allah s.w.t. untuk membolehkannya baca al-Quran dengan lancar. Alhamdulillah, dia sudah boleh membaca dengan baik malah mengajar al-Quran kepada orang lain pula…subhanallah…

Lihatlah keajaiban doa…renunglah kehebatannya…tidak terfikir oleh akal kita bahawa Doa punya “kuasa” yang begitu luar biasa yang sering kali diperlekehkan orang lain, “alah kau nie, nak makan pun baca doa, nak masuk pun tandas baca doa, nak tidur pun baca doa…tak jemu ke???”.

Tapi sayang, orang yang berkata itu lupa. Yang akan membantunya setelah dia berada dia alam barzah adalah doa yang disedekahkan oleh mereka yang masih hidup di alam dunia. Yang akan membantu menyelamatkan ibu dan ayah dari seksaan kubur adalah doa anak yang soleh dan solehah.

Kerna itu, apabila ada yang mengatakan.. “kita baru sahaja kehilangan seorang sahabat kita yang baru sahaja meninggal dunia satu jam yang lalu, maka marilah kita menyedekahkan al-Fatihah kepadanya, moga rohnya dicucuri rahmat..”. Berdoalah seikhlasnya jika kita mahu orang lain mendoakan kita juga setelah kita tiada nanti.

XXXXXXXXXXXXXXX

Ana pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr Asri Zainal Abidin yang bertajuk “Rahsia Doa”. Banyak sekali ilmu yang ana dapat, bertambah-tambah lagilah keyakinan ana kepada agama yang ana anuti ini.

Antara doa yang disebut oleh Dr Asri dalam ceramahnyanya adalah doa yang seringkali dibaca oleh Rasulullah s.a.w., malah Baginda s.a.w. meminta kita belajar dan mengkaji doa ini.

“Ya Allah aku pohon dariMu perbuatan-perbuatan yang baik, pohon kepada Mu agar dijauhkan dari perkara mungkar dan cintakan orang-orang miskin, agar Engkau ampuni daku dan Engkau kesian akan daku, jika Engkau ingin mengenakan kepada suatu kaum fitnah iaitu gangguan kerosakan cubaan terhadap agama mereka, matikanlah aku dalam keadaan tidak difitnah, tidak terkena fitnah yg merosakkan agama itu, aku memohon daripada Mu cinta, dan cinta orang yang mencintai Mu, dan cintakan amal yang boleh mencapaikan aku cinta kepada Mu”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Tarmizi)

Kerna itu, kita seringkali mendengar ada yang menyebut “doa adalah senjata orang Mukmin”. Benar, doa adalah senjata ajaib yang secara turun temurun terbukti kehebatannya. Doa menjadi senjata handalan para Nabi dan orang Mukmin dalam menghadapi berbagai kesulitan. Senjata yang mampu memberikan solusi meskipun dalam keadaan buntu dalam mencari jalan keluar.

Amalkanlah doa ini selepas membaca tasyahud akhir dan sebelum memberi salam ketika solat. Blog nie tak dapat keluarkan ayat al-Quran, jadi ana berikan dalam terjemahannya. Boleh rujuk dalam buku “101 doa daripada hadis-hadis sahih” tulisan Ustaz Zahazan Mohamed, halaman 220 & 221.

“Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah ku kerjakan dan apa yang akan ku kerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan, sesuatu yang tidak sengaja ku lakukan dan sesuatu yang Engkai lebih mengetahuinya daripada ku. Engkaulah yang terawal dan Engkaulah yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau.”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa, dan hutang”

“Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..”

XXXXXXXXXXXXXXX

Sekitar jam 10 lebih tadi ada seorang sahabat ana bagi mesej supaya berikan semangat padanya. Dia akan mnjalani temuduga pada hari isnin akan datang.

Ana membalasnya, “tahu tak yang kita punya ‘kuasa luar biasa’?”.

Dia bertanya, “macam mana tu?”.

Ana menjawab, “doa…kerna doa punya kehebatan luar biasa yang tidak terfikir oleh akal…maka, berdoalah padaNYA seikhlas hati moga Allah s.w.t. berikan rezeki dengan lulus temuduga tersebut… hanya DIA tempat kamu bergantung…”.

Ana juga menambah, “mintalah doa dan restu dari mak kerna doa seorang ibu lebih berkuasa…”

“Ya Allah…permudahkanlah urusan mereka ini…bukan sahaja dia lulus ujian di dunia ini malah lulus dengan cemerlang ujian akhirat…ameen ya robb”

Wassalam….



Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Monday 3 January 2011

Rasional atau Emosi?

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam yang telah Engkau berikan, moga hamba yang kerdil ini sentiasa bersyukur kepada Mu. Hanya kepada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Sedang tercari-cari kata-kata hikmah untuk dikongsi bersama sahabat di facebook, ana terjumpa kata-kata ini. Pada mulanya tidak mengerti apa yang mahu diperkatakan. Setelah direnung sedalamnya, banyak pula hikmah yang ana perolehi.

“Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan”

Apa pandangan dan tafsiran kalian takkala membacanya? Sewaktu membacanya buat kali pertama, ana melihat hikmahnya. Daripada membuang masa menunggu eletrik berfungsi kembali, daripada merungut dan menyumpah seranah kerana berada dalam kegelapan, ada baiknya berusaha untuk mencari cahaya dengan menyalakan lilin dan meneruskan kerja yang tergendala.

Namun, setelah direnung berkali-kali. Ana peroleh tafsiran yang berbeza iaitu rasional dan tidak kalah pada emosi.


Kenapa ana berkata sedemikian? kita sebagai manusia punya berbagai perasaan. Punya perasaan marah, geram, gembira, sedih, cemburu, dengki dan banyak lagi. Kita juga diberi akal untuk berfikir. Itulah uniknya manusia.

Adakah kalian setuju sekiranya ana katakan, kadang-kala manusia kalah dengan perasaan atau emosi? Ia…bertindak mengikut emosi dan bukan bertindak mengikut rasional.

Cuba lihat pada kata-kata tersebut. Berusaha menyalakan lilin itu adalah tindakan rasional manakala menyumpah kepada kegelapan itu adalah tindakan mengikut emosi. Ana bawakan satu kisah sebagai contoh.

Ada seorang pelajar yang harinya begitu sibuk dengan kelas, tugasan, program dan usrah. Jadualnya begitu padat, sekiranya tidak diatur dengan baik akan menyebabkan semuanya menjadi kucar kacir. Sedang menyiapkan kerja yang seterusnya di malam hari, eletrik tiba-tiba sahaja terputus menyebabkan segala kerja yang ingin dilakukan mengikut jadual tergendala.

Di sini ada dua tindakan yang bakal dia pilih dan laksanakan. Pertama, emosi menguasi diri membuatkan dia begitu marah kepada pegawai eletrik kerna tidak mampu menangani masalah tersebut. Dalam kegelapan, dia menyumpah seranah menyalahkan orang lain.

Akhirnya, dia tertidur dalam keadaan marah ketika menunggu eletrik kembali berfungsi. Dan kerjanya tertangguh sehinggalah keesokan hari. Apabila sudah menangguhkan kerja, harinya akan lebih padat dengan aktiviti dan membuatkan dia semakin tertekan dan stress jika tidak diatasi.

Keduanya, dia bertenang dan berfikir jalan untuk mengatasi masalah tersebut supaya dia dapat meneruskan kerjanya. Lantas, dia berusaha mencari cahaya. Samaada berusaha menyalakan lilin, mencari lampu suluh, menghidupkan pelita dan sebagainya.

Walaupun dalam serba kekurangan, dia tetap dapat meneruskan kerjanya. Bak kata pepatah, pelajar rajin akan mencari jalan dan pelajar malas mencari alasan. Di situ dia akan mendapat dua kepuasan iaitu dapat siapkan kerja seperti yang dirancang dan puas kerna dapat mengatasi masalah tersebut.

Jika kita emosi, apa sahaja yang mahu kita lakukan tidak akan sempurna malah akan ada tempangnya. Jika tidak percaya, boleh cuba…(“,)


XXXXXXXXXXXXX

Begitulah juga dalam kehidupan kita. Pilihan ditangan kita samaada mahu menyalahkan diri sendiri atau orang lain, atau mahu berusaha mencari solusi untuk selesaikan masalah tersebut.

Ana teringat sikap seorang sahabat ana. Seorang yang cukup tenang takkala mehnah dan tribulasi bertalu-talu datang kepadanya. Sewaktu sibuk menguruskan program, berbagai masalah muncul. Setelah selesai satu masalah, datang pula masalah yang lain.

Jawapannya simple sahaja. “okey…tak pa, kita cuba yang lain”. Bila di cuba, gagal juga. Jawapannya tetap sama. “okey…tak pa, kita cuba yang lain”. Ana yang mendengar jawapannya terdiam. Sungguh tenang dan tidak kalah pada emosi, tidak juga menuding jari kepada orang yang gagal melaksanakan tugas tersebut.

Setelah direnung kata-kata ini, “Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan”.

Inilah huraian ana setelah merenung sedalamnya iaitu kerasionalan berfikir menumpaskan emosi yang mahu menjatuhkan. Tindakan yang rasional membuahkan solusi, manakala tindakan yang emosi memberi jalan buntu malah mungkin akan merumitkan lagi keadaan yang sudah pun rumit.

Ana pegang kata-kata seorang teman, jangan pernah kalah dengan emosi...insyaAllah...

Jadi, pilihan di tangan kita. Selesaikan sesuatu masalah itu dengan penuh rasional atau membiarkan emosi menguasi diri yang bakal “menjemput”masalah lain pula. Ayuh sama-sama kita bertenang…just smile…(^_^)

Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^