“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menghirup udara Mu walaupun kadang kala diri ini alpa dan lalai dalam mengingati Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
MULIAKAN DIRIMU DENGAN TAQWA SETANDING MUTIARA
ZABARJAD,,
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim,
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim,
"Harta yang
paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian
wanita pada kecantikan semata-mata. Ada juga yang
menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk
Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu
bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi
teriakan mereka mampu merubah segalanya.Kerana itulah sebagai anak, dia perlu
menjadi anak yang solehah.Manakala sebagai
isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.Sebagai
ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa'
ayat ke-24 yang bermaksud,
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun
wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan
mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan
dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling
melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.Setiap
lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan,
sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan
wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan
supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam
sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan
dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba
untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan
tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada
pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya,
tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam
pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang
tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut
hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,
tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada
kalanya ia menjadi aurat,Dalam mazhab syafie ada
khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur. Allah melarang wanita
beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna
"apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi
bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.Wanita yang
khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan
menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar
remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan
diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai
paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada
kalanya ia menjadi aurat.Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan
melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab,
33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan
dengan lelaki ajnabi.Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua
orang puteri Nabi Syuib AS.Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan
ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak
kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih
tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan
ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa
AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa
AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah
menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya
kepada pandangan umum. Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan
tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa
mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).Khalwat paling mudah berlaku dalam
hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.Berbual-bual di
telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang
sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana
ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata,
"Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan
di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan
membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah
boleh timbul daripada keadaan tersebut.Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak
melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari
perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang
masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa
jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab,
adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti
melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata,
"Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari
perintah Allah SWT."
Malangnya hari ini apa yang terjadi
kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan
untuk mengamalkannya.
Saudariku, Bangkitlah dari lenamu
yang panjang dan tidak berkesudahan.Sekali kamu
terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.Kamu punya kekuatan untuk
bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.Yakinlah
kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,Hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala
kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia
masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi
seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap
persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap
seorang raja. Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia
yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang
sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih
Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,Saidatina Aisyah RA pernah
berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan
kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.Jika
kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh
dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding
mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
No comments:
Post a Comment