Monday 20 April 2009


Erti Seorang Kawan

Bila mana disebut kawan sudah pastinya kita akan terbayangkan kawan-kawan kita. Gelak tawa, suka duka dan segala kenangan bersamanya namun bukan mudah bagi kita untuk memilih kawan yang sebenar-benar kawan, dalam erti kata yang lain kawan yang sanggup berkongsi suka duka senyum tangis dengan kita. Kebanyakan yang ada hanya sanggup berkongsi suka namun duka segelintir saja yang sanggup bertumpang bahu. Hakikatnya untuk berkawan pun kena memilih. Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan dapat sama bauan minyak wangi tersebut dan begitulah sebaliknya.

Bukan mudah juga untuk memulakan ukhwah andai kita sendiri segan-segan menerima sebuah perkenalan. Usahlah diharapkan kasih sayang orang andai diri sendiri tidak mampu menghulurkan kasih sayang itu kepada orang lain. Bukankah Nabi telah menyebutkan bahawa “Almuslim akhu muslim” yang bermaksud seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain. Ini bukanlah makna kosong yang bisa kita ketahui secara biasa tetapi sabda Nabi ini perlu kita dalami maksudnya dan intipatinya. Saya tinggalkan sabda ini untuk kita lebih mengkaji hakikat kehidupan sesama muslim.
Tidak dinafikan bahawa pergaulan sesama kita berhajatkan adab dan juga akhlak sesama kita. Andai dikoreksi diri kita adakah kita sudah beradab kepada kawan sendiri? Sudah pasti kita sudah banyak menyakiti hati kawan kita tanpa disedari. Bukan mudah kan untuk kita menjaga sekeping hati ini. Mari kita soroti apa yang Nabi ajarkan kepada kita bilamana bergaul atau berada bersama kawan kita...

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: ”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya”. (Al-Bukhari dan Muslim).

Huraian:

1. Apabila terdapat 3 orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.

2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.

3. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya.

Dan untuk muhasabah bersama siapa kawan dihati kita,dan di tempat manakah kita dalam hatinya?
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Petua Dr Abdullah Nasih Ulwan

Petua Kekalkan UkhwaFillah

Ini satu petua yang bagus (jika diamalkan) untuk mengekalkan solidariti sesama Muslim.
Petua untuk mengekalkan persahabatan:


1. Nyatakan rasa kasihmu kepada saudaramu.

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam :
"Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya yang dia kasih kepadanya."
[Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]

2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu berkata,
"Saya minta izin kepada Baginda SallaLlahu 'Alaihi Wasallam untuk mengerjakan umrah." Baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam membenarkan dan berpesan; "Jangan lupa bila berdoa untuk kami bersama."
[Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]

3. Bermanis muka ketika bertemu.

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam:
"Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, walaupun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan."

4. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, maksudnya:
"Tiadalah dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."

5. Selalu menziarahi saudaranya dari masa ke semasa (satu tempoh yang tidak terlalu kerap dan tidakterlalu jarang).

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, ertinya:
"Siapa yang mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagama dengannya, menyerulah penyeru (malaikat), engkau baik, perjalanan engkau juga baik dan engkau akan menduduki rumah di Syurga."
Sabdanya lagi di dalam riwayat yang lain:

"Ziarahilah saudaramu untuk menambahkah kasih sayang."

6. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya danmenyukakan hatinya.

"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah Azzawajalla akan menyukakannya pada hari kiamat."

7. Memberi hadiah kepada saudaranya ketika-ketika yang munasabah.

"Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati."
[Riwayat Dailami dari Anas]

8. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam bersabda, maksudnya: "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.
Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."

[Riwayat Muslim]

:: Rujukan: Iman, Senjatan Menghadapi Cabaran Zaman karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan.


Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Amalkan 10 Tips ini...

Lakukan 10 tips meraih kebahagiaan


1- Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur.
والمستغفرين بالأسحار
…dan orang yang memohon ampun diwaktu sahur. (surah Ali Imran : 17)
2- Menyendiri untuk bertafakkur
ويتفكرون فى خلق السموات والأرض
…dan mereka bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi (surah Ali Imran :191)

3-Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh
واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya…(Al-Kahfi :28)

4-Perbanyakkan zikir
اذكروا الله ذكرا كثيرا
…berzikirlah kalian dengan meyebut nama Allah sebanyak-banyakknya.)surah Al- Ahzab : 41)

5-Melakukan solat sunat dua rakaat dengan khusyuk
الذبن هم فى صالاتهم خشعون
Iaitu orang-orang yang melaksanakan solat dengan khusyuk.(surah Al-Mukminun : 2)

6-Bacalah Al-Quran dan renungkanlah isinya
افلا يتدبرون القرءان
Apakah mereka tidak mahu mentadabbur(menghayati isi )Al-Quran. (surah An-Nisa’ :2)

7-Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang panas
يدع طعامه وشرابه وشهوته من اجلي
Ia meninggalkan makanan,minuman dan syahwat kerana Aku.(Hadith)

8-Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi
حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه
Hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.(Hadith)

9-Meringankan beban seorang muslim yang tengah dalam kesulitan
من فرج عن مسلم كربة من كربة الدنيا فرج الله عنه كربة من كرب يوم القيامة
Barangsiapa meringankan kesusahan seorang muslim didunia maka Allah akan membebaskan kesulitannya kelak di hari Kiamat (Hadith)

10-Usahakan menjalani hidup didunia dengan zuhud
والأخرة خير وابقى
Sedangkan kehidupan akhirat itu jauh lebih baik dan lenih kekal (surah Al-A’la : 17)

Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Kejahatan Iblis

Sesungguhnya iblis adalah makhluk yang telah diciptakan daripada api, dan penciptaannya adalah lebih awal daripada manusia...

Iblis berkata : " Wahai Tuhanku, kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas diantara mereka."

Allah SWT berfirman :" Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap aku memeliharanya. Sesungguhnya hambaKu, tidaklah ada bagimu kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang yang sesat." (Surah al-Hijr: 30-42)

Iblis pandai memujuk rayu untuk menyesatkan manusia, datang pada setiap waktu dari pelbagai penjuru, malah dapat memasuki badan manusia, sehingga berjalan di dalamnya seperti mengalirnya darah, bersembunyi daam hati dan tinggal dalam akal manusia.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bemaksud, :" Sesungguhnya syaitan berjalan pada manusia di pembuluh darah (semua yang boleh dilalui darah):
-Hadith riwayat Bukhari& Muslim-

Apabila ia di hati, manusia akan menjadi was-was dan khuatir tidak menentu dalam perkara kebaikan, malah membenci kebaikan dan gemar kepada yang salah.

Jika ia bersarang di akal, manusia asyik memikirkan keuntungan peribadi sahaja, tanpa memperdulikan hak dan kebajikan orang lain.

Demikian juga, jika ia bertempat di dalam badan, atau anggota badan manusia, membuatkan manusia lebih suka kepada kemungkaran, benci kepada ketaatan, cenderung kepada perkara yang bertentangan dengan kebenaran.

Tujuan iblis ialah supaya manusia mengikuti jejaknya, tidak mentaati Allah, dan melanggar segala perintahNya sehingga sama-sama memasuki neraka.

" Dan sesungguhnya neraka jahannam itu tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu" (Surah al-Hijr :43)

Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika imannya pudar, luntur, dan tidak dibajai dengan mengingati Allah SWT. Tetapi mereka yang terpedaya dengan iblis semestinya menyesal kemudian hari walaupun pada peringkat awal dibuai keseronokkan.

Kesimpulannya, semua manusia tidak terlepas daripada godaan, pujuk rayu, dan pengaruh iblis. Kecuali bagi mereka yang kuat iman dapat melepasi godaan itu, manakala yang lemah iman, akan terjerumus ke dalam perangkapnya
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Sunday 19 April 2009

Adab berpakaian menurut Islam



Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

ISLAM tidak menetapkan fesyen pakaian tetapi perlu mematuhi garis panduan dan menutup aurat.

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat

AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh

PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.

Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat


TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak


RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza


MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." – (Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera

ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)

7. Melabuhkan pakaian

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai

CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas


TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.

Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.

Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan sebelah kanan


APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."

Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian

APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:

"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

12. Berdoa


KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

– Sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

pantun aurat

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat
Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Saturday 18 April 2009

KATA2

Bukan mudah memiliki apa yang diingini dalam hidup..selagi ia masih berada dalam genggaman..hargailah dan syangilah ia dengan seikhlasnya..krana penyesalan sudah tak berertiketika kita kehilangannya.

Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukanlah hanya untuk ketawa, ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu bertapa pentingnya setitis air mata, dan ada masa kesunyian membuat kita tidak akan pernah lupabertapa bernilanya seorang TEMAN ibarat PERMATA YANG BEHARGA.

Kalau rasa sedih pandanglah langit , ingatlah ALLAH masih ada. Kalau rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah ALLAH mencipta kesudahannya. Kalau rasa tersisih, lihatlah purnama di malam hari, yakinlah ALLAH tak kan membiarkan kita sendirian mengharungi cabaran hidup ini.

“Jangan biarkan jiwa anda kosong. Penuhkan lah dengan zikir padaNya. Jika tidak kita akan diresapi dengan godaan yang mengalpakan, melalaikan, merosakkan, mengecewakan seterusnya menggagalkan kehidupan kita. Tunduklah hatimu padaNya semoga anda bahagia”. (ust. Nazirin)


Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Aneh ada orang takut ‘sajak kematian’.

Oleh: Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mati ini bukan satu kerja yang boleh dibuat lepas tangan. Malangnya, ia tidak langsung dalam agenda orang secular. Bahkan, orang yang secular akan mudah marah-marah apabila tajuk ini disentuh

Bagi ajaran secular, mati itu dianggap tamat riwayat hidup. Pandai-pandai mereka menutup riwayat semua orang selepas berlakunya kematian dengan satu istilah selesa yang mudah iaitu “rest in peace” (RIP).

walaupun dalam Islam Rasulullah s.a.w. pernah berdoa yang berbunyi: ”Ya Allah,bila aku mati rehatkanlah diriku dari segala masalah (keburukan).”

Ini berbeza dengan harapan orang sekular yang hanya mengharapkan kerehatan dalam ketenangan,sedangkan sewaktu hidup dahulu mereka melakukan segala kerja khianat yang menyusahkan orang dan diri sendiri.

Di dalam Islam,mati itu satu proses hidup. Tamat dan muktamadnya riwayat sebenar hidup manusia itu adalah apabila seseorang itu masuk syurga atau memasuki neraka. Ini kerana penghuni syurga kekal terus –menerus dan tak mati-mati.

Begitulah juga dengan penghuni neraka.

Perihal adanya kematian dan hari kebangkitan, yang menandakan mati itu sendiri adalah satu proses hidup dapat kita lihat di dalam al-Quran melalui mesej dari Allah SWT berbunyi: “Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuz).” (Surah Yasin: 12)

Demikian juga dalam surah al-Juma’ah. Allah menyebut: “Mereka (Yahudi) tidak terlintas kematian itu selama-lamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan usaha mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. Mereka tiada terlintas kematian itu.

“ Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan bertembung dengan kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Juma’ah: 7-8).

Jadi, tajuk mati menjadi satu pelajaran yang amat penting dalam ajaran Islam. Ini supaya manusia awal-awal lagi membuat persiapan.

Sebagaimana tidur, manusia yang sudah mati kehilangan kemampuan untuk berikhtiar. lantaran itu, tidur itu

sering disebut orang sebagai “adik-beradik” mati.

Dengan ketiadaan ikhtiar setelah mati, maka mistahak sangatlah kita berusaha sewaktu hidup. Dengan izin Allah, manusia boleh berikhtiar untuk menuju ke syurga dengan melakukan setiap aktiviti hidup berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ini dipanggil mengikut sunnah. Inilah yang disebut pahala. Nabi pula tidak melakukan sesuatu melainkan apa yang diwahyukan kepada baginda oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan neraka. Jika hidup manusia tidak diatur selaras dengan al-Quran dan sunnah, maka manusia itu hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah dan rasulNya.

Inilah yang disebut hidup dalam dosa. Keadaan hidup dalam pahala atau dosa inilah pula yang akan menentukan keadaan pengakhiran riwayat hidupnya.

Ia sama ada disebut mati dalam husnul khatimah atau su’ul khotimah.

Ini yang menjadikan hidup dan mati sebagai satu pusingan. Ia satu ‘cycle’ menuju kepada alam kubur yang juga satu jenis kehidupan juga sementara menantikan alam kebangkitan dan alam mahsyar.

Hidup yang tidak mati-mati tetapi dalam keadaan berlainan. Ia akan berakhir secara mutlak hanya di dua tempat iaitu sama ada di syurga atau di neraka.

Pendek kata, mati itu benda yang positif. Ia sama positif dengan hidup. Dalam surah al-Mulk ia disebut begini:

“Maha Suci Allah yang di tangan-NYAlah kerajaan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Dia) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dial Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

Ertinya, mati itu sendiri adalh benda atau makhluk yang diciptakan. Ia lebih awal dicipta dan di dahulukan. Ia diawalkan kejadiannya dari hidup itu sendiri. Hidup dan mati itu sejenis regu. Ia dicipta berpasangan untuk tujuan ujian bagi mencari siapa yang lebih baik amalnya.

Namun malang sungguh masih ada yang mempertikaikan tayangan klip video berjudul ‘sajak kematian’ bagi sesi pengajaran murid Tahun Satu dan Dua.

Biarpun saya sendiri belum melihat kandungannya, namun cadangan untuk mengharamkan bermakna tajuk mati itu sesuatu yang tidak disukai kerajaan.

Pernah berlaku suatu ketika dahulu lagu selimut putih yang dinyanyikan kumpulan nasyid telah diharamakan kerajaan, biar pun ia tidak membawa unsur negative.

Sedangkan seni katanya mengajak kita untuk mengingati mati.

Saya juga pernah menganjurkan pertandingan nasyid yang menyentuh soal akhirat dan

pemenangnya diberi hadiah sebanyak RM10000

Kerana apa kita takut kepada mati yang tetap datang walaupun kita bersembunyi di sebalik tembok besi. Mati tetap datang biarpun tak di jemput, Cuma masa yang akan menentukan giliran kita.

Tidakkah sajak kematian boleh menyedarkan kita. Anehnya ada orang takut. Atau kita takut untuk sedar dan akhirnya mendekati agama. Agama inilah yang kami perjuangkan.


Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^