“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan nadi yang masih berdenyut ini.
Semoga ianya memberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat dari dosa lalu
dalam menggapai redha Mu. Selawat dan salam buat pembawa rahmat seluruh alam,
Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para
sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan seterusnya.
Detik demi detik, hari demi hari,
Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk merasai nikmatnya Namun, sebagai
manusia biasa, pastinya langkah tersasar jua tanpa disedari, Malah, dikirimkan
Allah, ujian buat kita, Maka, segera hati diubati dengan kalam yang indah:
Ketika Allah rindu pada hambaNya, Dia akan mengirimkan hadiah istimewa
melalui malaikat jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadits qudsi Allah
berfirman:
"Pergilah kepada hambaKu, lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya
kerana Aku ingin mendengar rintihannya. (HR Thabrani dan Abu Umamah)
Ya Allah, hilangkan rasa
kekecewaan dihati ini.
Ana terpaut dengan artikel yang
cukup menarik dari akhwat medic iaitu Maksiat yang tersembunyi. Sebenarnya
diri ini sangat mengkagumi mereka yang sudah berada lama dalam jalan tarbiyah.
Apatahlagi yang merupakan produk tarbiyah yang sebenar, bukan produk tarbiyah
express seperti diri ini. Lahir dalam suasana tarbiyah, keluarga yang sudah di
tarbiyah, bekerja dalam suasana tarbiyah tetapi mengapa masih ada karat karat
jahiliyah yang belum tertanggal?
Teringat kata kata mutiara yang
sering diungkapkan
'Biarlah tidak dikenali penduduk dunia atas kehebatan ilmu, kepandaian,
kepimpinan dan kecerdikan. Cukup nama menjadi sebutan penduduk di langit dan
Allah mengenal kerana iman dan taqwa.'
Terlalu takut untuk menilai
manusia pada ketika ini. Kadang kadang corak pemakaian dan perilaku individu
itu tidak memcerminkan peribadi yang sebenar. Mungkin ada yang dilihat seperti
ustaz dan ustazah, tetapi tidak menjaga ikhtilat. Ada yang lagaknya seperti
wanita solehah, bertudung labuh dan berjubah tetapi masih kurang menjaga adab
sebagai wanita sehingga begitu mudah untuk mendekati lawan jenisnya. Mungkin
ada yang sentiasa berkopiah, kelihatan zuhud orangnya tetapi masih punya
perangai suka mengambil hak orang. Nauzubiilah Min Zalik. Ya Allah, jauhkanlah
kami dari kehipokritan ini. Kami tidak mahu menjadi indah di pandangan manusia
tetapi buruk pada pandanganMu.
Tidak dinafikan, sejauh mana pun
seorang manusia berusaha untuk menjadi sempurna tetapi manusia tetap manusia.
Rasulullah SAW sahaja yang maksum. Maka, jika kalian berasa sudah tersasar ke
sebelah jalan, maka luruskan kembali stereng pengembaraan hidup anda. Allah
pasti menunjukkan jalan yang lurus. Diriku meyakini, produk asli tarbiyah pasti
punya hati yang sentiasa hidup. Apatahlagi cukup berpengalaman dalam perjuangan.
Maka, jangan biarkan nafsu mengatasi segalanya. Kembalilah mencari naungan
kasih sayang Allah dengan bermujahadah melawan nafsu.
Soalan demi soalan menerjah kotak
fikiran:....
Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi
kita masih tidak mampu mengekang hawa nafsu
terhadap sesuatu yang bukan milik kita?
Kitakah yang bergelar pejuang agama jika
tidak segan silu melalaikan ibadah kepada Allah SWT?
Kitakah yang bergelar pejuang agama sekiranya
berjuang semata mata untuk mendapat pangkat dan
nama serta perhatian?
Kitakah yang bergelar pejuang agama namun
masih ber'sms' yang tidak berkenaan dengan yang
bukan mahram atas tiket perjuangan malah sengaja memanjangkan?
Kitakah yang bergelar pejuang agama yang
memakai jubah dan tudung labuh untuk menunjukkan
kita bertaqwa
memakai kopiah untuk menunjukkan kita soleh
hanya kepada manusia hina?
Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi
masih tidak mampu menjaga ikhtilat sehingga
berlebihan dengan tiket sahabat?
Kitakah yang bergelar pejuang agama namun
masih punya waktu untuk membuang masa sedangkan ummah
dalam keadaan kritikal kini?
Kitakah yang bergelar pejuang agama sekiranya
masih bermalas malasan tentang ukhrawi tetapi
bermati matian mengejar duniawi?
Kitakah yang bergelar pejuang agama walhal masih
memungkiri janji?
Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi susah
untuk mencari ikhlas dalam diri?
Ya Allah , diri ini sangat takut
andai, melakukan perkara sedemikian. Lindungilah diri ini ya Allah , kekalkanlah diriku dalam hidayah
dan petunjukMu. Ku ingin sekali sentiasa menjadi pejuang agamaMu. Tetapi
janganlah engkau jadikan diriku pejuang agama yang silap. Berjuang hanya kerana
cinta duniawi sedangkan miskin akhirat.
"patutlah
kemenangan terasa begitu jauh, rupa rupanya masalah datang dari diri
sendiri".
Sebak hati teringat perjuangan Rasulullah SAW, baginda mempunyai tentera
pejuang yang hebat. Kehebatan tangkas bermain sahaja itu adalah luarannya
sahaja tetapi sumber kehebatan sebenar adalah kekuatan iman dan taqwa. Teringat
satu frasa kegemaran ana:
Pilihan Salahuddin Al Ayubi bukanlah yang petah berkata kata, tetapi
yang istiqomah tahajudnya. Katanya nak jadi srikandi Hasan Al Banna tetapi
ambilnya hanya pada semangat, bukan pada amalannya.
~Musabah diri ini~
Diriku, burung merpati yang
kerdil ini, sedang berusaha mencari sangkar yang baru. Mungkinkah akan
menyeberangi laut Cina selatan ke tanah semenanjung ataupun sayapku akan berterbangan
merentasi benuaMu, Dimana pun sayapku ini Kau titipkan, jadikanlah kehendakMu
sebagai kehendakku, berkat hari-hariku sekiranya ini yang terbaik untuk
akhirat, agama dan tarbiyahku. ^_^
No comments:
Post a Comment