Friday 29 June 2012

Untuk Kamu, Bersabarlah, Ujian Adalah Tarbiyah Dari Allah s.w.t.


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah….syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk menghirup udaranya..selawat dan salam buat Imam Umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa buat para sahabat & anbiya’ yang dikasihi..
Hati yang cukup tersentuh tatkala membaca sebuah pesanan yang diterima. Perjalanan hidup kamu tidak semudah yang manusia lihat, cukup hebat ujian yang Allah berikan pada kamu, tetapi kamu tetap tenang.. Satu persatu ujian mendatang tetapi kamu tetap tabah,kuat, malah keyakinan pada Allah semakin kuat.  Tatkala kamu diuji dengan kesakitan, kamu di uji pula dengan ragam manusia yang mungkin tidak memahami tindakanmu,''tenanglah, kamu berurusan dengan manusia, bukan dengan para malaikat". Mungkin segala ujian yang Allah berikan itu adalah harga yang perlu dibayar untuk sebuah ''kesembuhan''.  Diberikan ujian, dugaan agar kamu lebih dekat padaNya, malah Dia memilih kamu kerana Dia sayangkan kamu, bahkan Dia tahu kamu mampu menghadapinya. Ana yakin, kamu mampu melaluinya, bahkan Nabi Allah lagi hebat di uji bukan? Percayalah, dari kesulitan itu, akan datangnya kesenangan dikemudiannya.  Ketahuilah, doaku sentiasa mengiringi perjalanan kamu. 
Ana ingin kongsikan perjalanan kehidupan seseorang kepada kamu dan semuanya, bagaimana beliau menganggap tiap ujian itu adalah tarbiyah dari Allah s.w.t. Moga dapat mengambil iktibar darinya..insyaAllah..
XXXXXXXXXXXXXX
Sejak dari kecil, dirinya tidak seperti adik beradik yang lain. Dirinya hanya mampu memandang dari jauh saat adik beradiknya yang lain “menikmati” zaman keriangan kanak-kanak kerna dirinya selalu sahaja terlantar di atas katil.
Selalu sahaja diserang penyakit yang di hadapi sejak dari lahir, tidak mampu untuk bangun menguruskan diri apatah lagi bermain sepertimana adik beradiknya yang lain. Tidak terhitung berapa banyak ubat yang sudah berada dalam darahnya, terpaksa berpantang sewaktu makan kerna takut penyakitnya menyerang lagi.
Keadaannya begitu sehinggalah dirinya meningkat dewasa, hanya air mata menjadi penemannya yang setia. Kadang kala, dirinya terasa berputus asa, kesakitan dan keperitan yang dialaminya tidak mungkin dapat difahami oleh orang lain sehingga dia fobia untuk berada di hospital, apatah lagi melihat ubat-ubat yang berada di depan matanya.
Akhirnya, dia sedar bahawa Allah s.w.t. berada bersama orang yang bersabar sepertimana firman Allah s.w.t.:
“....................Dan Allah itu bersama orang-orang yang sabar”
( Surah Al-Baqarah, ayat 249)
Saat itu, dirinya mula mengatur langkah melawan penyakit yang dihadapinya. Dari insan yang biasa menjadi luar biasa hasil dari “tarbiyah” Allah s.w.t. yang disediakan buat dirinya. Dirinya menjadi atlet sukan serta wakil sekolah sejak berumur 9 tahun, walaupun kerap kali pengsan selepas bermain dirinya tekad untuk membuktikan bahawa penyakit yang dialaminya adalah “nikmat” dan tidak ada apa yang boleh menghalangnya.
Dirinya sedar, ibu dan ayahnya sudah berikhtiar bermacam cara untuk melihat dirinya sembuh. Namun, Allah s.w.t. mahu dirinya merasai “tarbiyah kesakitan” itu. Untuk melihat adakah dirinya termasuk dalam golongan yang bersabar atau sebaliknya.
Dirinya pernah ditanya, “adik beradik yang lain tak de ke penyakit yang sama macam awk?”.
Dirinya tersenyum lalu menjawab,“sya merasai kesakitan dan keperitan sejak dari kecil, jadi sya selalu berdoa moga semua kesakitan nie hanya sya yang tanggung kerna sya tak sanggup untuk melihat adik beradik yang lain turut merasai apa yang sya rasa” ada nada sebak disitu kerna dia tahu betapa “sakitnya” tiap kali dirinya diserang penyakit.
Hasil dari “tarbiyah” inilah, dirinya punya kekuatan semangat yang luar biasa dari orang lain. Pantang menyerah sebelum berjuang. Orang disekelilingnya melihat, betapa hebatnya gerak kerja da’wah yang dilaksanakan. Namun, mereka tidak tahu bahawa dirinya ibarat air.
Air yang tenang mengalir walaupun berjuta batu menghalang di depannya. Tetap tenang dan mengalir walaupun didalam air tersebut sudah banyak “tarbiyah” yang hadir.
Kesakitan yang dialami tidak lagi dikesalkan malah dianggap sebagai “nikmat” dan disambut dengan Alhamdulillah…bersyukur kerna dia mengerti itu juga salah satu cara untuk menghakis dosa-dosanya sekiranya dia bersabar…
Dirinya kini menjadi kekuatan sahabat-sahabatnya yang lain, “aura” yang dia ada dijadikan sebagai sumber kekuatan oleh sahabat-sahabatnya. Tidak terlintas dihatinya untuk mengundur diri dari kerja da’wah walaupun penyakitnya semakin teruk.
Kerna hatinya berkata,“Ya Allah, ini adalah tanda syukur ku ke atasMU kerna memberi “tarbiyah” ini sehingga ku punya kekuatan semangat yang luar biasa dari orang lain. Aku tidak akan pernah serik untuk meneruskan perjuangan yang telah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tinggalkan walaupun kesakitan ini masih ku alami. Tidak akan ada kerehatan buat pejuang MU ini kerna aku tidak tahu saat bila pula aku akan kembali terlantar di atas katil semula kerna roda kehidupan itu berputar. Masa yang ada ini akan ku teruskan sehingga ku tidak mampu lagi untuk menggerakkan anggotaku yang lain, akan ku teruskan hingga titisan nafas yang terakhir  kerna……..aku begitu rindukan syahid…….
KEHIDUPAN
Nasyid: In-Team & Nazrey Johari
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
XXXXXXXXXXXXXX
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
(-Surah al-baqarah ayat 155-)
Benar…setelah diuji dengan sedikit dugaan, Allah s.w.t. memberikan khabar gembira bagi hambaNYA yang bersabar diatas ujian yang diberikan. “Tarbiyah” yang diberikan oleh Allah s.w.t. tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menguji setakat mana diantara kita yang benar-benar beriman kepadaNYA. Sepertimana Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu, dan akan kami uji perihal kamu….”
(Surah Muhammad, ayat 31)
Di awal permulaan tika diuji, berbagai persoalan yang menerjah difikiran. Kenapa aku yang diuji sedangkan ramai lagi yang lalai, terasa diri begitu berat untuk menerima “tarbiyah” dariNYA .Namun begitu, Allah s.w.t. Maha Mengetahui kerna DIA tidak akan menurunkan ujian tersebut melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNYA. Sepertimana firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(-Surah al-Baqarah ayat 286-)
Yakin, percaya dan bersangka baiklah dengan “tarbiyah” yang Allah s.w.t. turunkan. Kita akan merasai “nikmat” ujian tersebut setelah hati mula merasai disentuh nur hidayah dariNYA…Allahuakbar….
“kerana janji Allah,
Tiap Orang-orang beriman itu akan diuji…
Oleh itu setiap kepayahan,
bayarlah dengan senyuman syuhadah…
Moga redha Allah mengiringi tiap langkahmu
Mengibarkan panji-panji Islam…
Dunia di tangan, akhirat di hati..
Bila ditanya mengapa berjuang itu pahit,
Maka jawablah…kerna syurga itu manis…


Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Wednesday 27 June 2012

" Sabun Zikrullah "

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang tidak terbanding dengan segala isi dunia. Moga Engkau redha diri ini menjadi hamba Mu. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.


Sekadar untuk muhasabah bersama, semoga dengan apa yang di nukilkan ini, mampu mendekatkan kita kepada Yang Maha Agung.

 “usah berlagak hebat sekiranya nafsu mu sendiri tidak mampu ditundukkan”

Kata-kata yang terbit dari lubuk hati untuk muhasabah dan koreksi diri. Nafsu itu ada pada setiap manusia. Tidak mampu dilihat, di dengar, di pegang…namun dapat dirasai kehadirannya.

Takkala melihat insan lain berada lebih kehadapan dari kita. Hati dilanda cemburu, maka mulalah nafsu memulakan langkahnya. Bisikan demi bisikan kedengaran di cuping telinga kita, mencuba sedayanya untuk menimbulkan rasa dengki dan iri hati kepada insan tersebut.

Lalu, berlakulah sesuatu yang membuatkan syaitan laknatullah bertepuk tangan dan bersorak riang. Ukhuwah yang dibina atas dasar akidah dicemari dengan mengumpat dan mencaci maki antara satu sama lain. Hanya dengan membasuh dan mencuci hati dengan sabun zikrullah mampu membersihkan “kotoran” bisikan nafsu tersebut.

“mata yang tidak ditunduk pandangannya, hatinya tiada nilai”

Mata yang tidak dijaga penglihatannya dari melihat perkara-perkara maksiat akan membuatkan hatinya tidak keruan. Hal ini kerna bayangan perkara-perkara itu disukai oleh nafsu. Maka dengan mudah, nafsu menjalankan misinya untuk menjauhkan kita dari Allah s.w.t….

Takkala memejam mata, bayangan tersebut datang menjelma hingga membuatkan diri kita tidak senang duduk. Namun, kotoran-kotoran bayangan tersebut dapat dibasuh dan dicuci dengan sabun zikrullah.

“Dengan mengingati Allah, hati itu akan menjadi tenang…”

Hati yang sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. akan sentiasa dalam keadaan tenang. Takkala ditimpa musibah, bencana, ujian dan dugaan hidup, zikrullah adalah penenangnya. Itulah hebatnya Islam, sentiasa ada solusi dan jalan buat umatnya.

XXXXXXXXXXXXXXX

Itu adalah sedikit perumpamaan yang dapat ana berikan mengikut pengalaman yang ana lalui sendiri. Lihatlah betapa kreatifnya syaitan laknatullah dan betapa liciknya nafsu. Mengambil peluang dan kesempatan terhadap diri kita dalam diam tanpa kita sedari.

Untuk berlawan dengan nafsu ini bukanlah mudah kerna itu ia dikategorikan sebagai suatu jihad. Seorang pejuang Islam yang begitu tangkas dan handal di medan peperangan, belum tentu dapat mengalahkan nafsunya sepertimana dia mengalahkan musuhnya.

Kerna itu, kita perlu mendidik nafsu ini dari dia kecil sebelum menjadi semakin besar dan susah untuk dilenturkan. Ibarat seperti mendidik anak kecil. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Anak kecil yang sudah dididik untuk kenal Allah s.w.t. dan RasulNya serta diajar tentang syariat Islam sejak dari kecil akan menjadi anak yang soleh dan solehah, insyaAllah. Namun, dia perlu diperhati dan diawasi oleh ibubapanya sewaktu dia dalam tempoh kanak-kanak, remaja dan dewasa supaya tidak terjebak dengan anasir-anasir jahat.

Begitu juga dengan nafsu, untuk melentur dan mendidiknya perlu mengambil masa dan tempoh yang begitu lama. Dalam tempoh tersebut perlu berjaga-jaga supaya nafsu tidak ada peluang untuk menjauhkan kita daripada Allah s.w.t dengan cara mujahadah.

“Ketahuilah bahawa nafsu yang jahat itu apabila dikikis dan dicuci dengan sabun zikir kepada Allah taala dan diberus dengan berus tembaga mujahadah dan ikhlas kepada Allah taala serta dipandu dan dipimpin pula oleh guru yang ahli, maka sedikit demi sedikit akan terkikislah sifat karat kejahatan nafsu…”

Ayat ini begitu ringkas namun jika direnung dan ditafsir sedalamnya, ia punya maksud yang begitu banyak. Seringkali kita mendengar orang bercakap tentang nafsu, namun berapa ramai yang benar-benar mengerti tentang “perjuangannya” yang cuba untuk menjauhkan kita dari Allah s.w.t..

Sabun zikrullah ini tidak dijual di mana-mana pasaran hatta di seluruh dunia sekalipun kerna setiap mereka yang bergelar Muslim memiliki sabun ini namun begitu jarang sekali digunakan. Jika kita boleh mendengar dan mendendangkan lagu, kenapa begitu sukar sekali untuk kita berzikir kepada Allah s.w.t.?

“tepuk dada dan tanya SIAPA aku”. Tanya diri kita, kita ini siapa? Kita ini hamba kepada al-Malik, pemilik segala isi dunia dan akhirat. Lalu…kenapa kita sering menjadi hamba kepada perkara lain?

Apabila diri hanyut dalam zikrullah, hati itu terarah pada akhirat kerna dia sentiasa merasai kehadiran Yang Maha Hebat dalam dirinya. Itu dapat menggerunkan nafsu untuk bertapak dalam hatinya. Membuat kita sedar betapa banyaknya dosa yang kita buat kepada DIA.

XXXXXXXXXXXXXXX

Takkala merenung jauh ke dalam diri, muhasabah dan koreksi diri….hati bermonolog sendiri, “Ya Allah…diri ini terlalu banyak dosa kepada Mu…banyak sekali Ya Allah…namun Engkau tetap kurniakan nikmat kepada hamba ini…”

Takkala memandang isi dunia, melihat mereka ketawa dan bergurau senda tanpa mengira waktu. Hati ini menangis, “Ya Allah…aku kasihan melihat mereka yang jauh sekali dari Mu, berikanlah diri mereka hidayah dan jauhkanlah diri ini dari sikap yang lalai kepada Mu…”

Duduk di satu sudut dan jawablah pertanyaan ini kepada diri sendiri dengan seikhlasnya….“Mahu dunia atau akhirat?”.



Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Saturday 23 June 2012

UntukMu Ya Allah...♥

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau anugerahkan ini, moga diri ini menjadi sebaik-baik hamba buatMu. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.


Tak mudahkan untuk sentiasa berniat dan istiqomah melakukan sesuatu perkara kerana Allah. Kita mungkin akan terleka seketika saat sedang menunaikan amanah sebagai seorang pelajar, guru, doktor dan banyak lagi dalam kehidupan seharian.

Ana teringat perkongsian yang ditulis dalam laman sosial seorang sahabat ketika membuat usrah bersama adik-adik usrahnya.

“cuba bagitahu , apa amalan yang cuba kalian perbaiki dan mahu istiqomah dengannya?”

“kalau saya, saya nak cuba solat berjemaah setiap waktu. Subuh, maghrib dan isya’ sudah mampu istiqomah sebab solat di surau kolej atau masjid. Tapi zohor dan asar susah sikit sebab kuliah.” jawab salah seorang dari mereka.

“kalau saya pula, saya nak kekal baca al-quran satu juzuk dalam sehari dan cuba tak tinggal solat sunat hajat selepas solat maghrib”. jawab yang lain.

Tiba giliran sang naqibah pula.

“kalau saya pula. Saya cuba untuk istiqomah dengan yang satu ini iaitu setiap perkara yang saya lakukan dalam kehidupan seharian tidak kira ketika beriadah, makan nasi, ulangkaji pelajaran, bantu mak dan banyak lagi dengan sentiasa berniat ‘semua ini adalah kerana Allah’ supaya Allah berkahi setiap apa yang saya lakukan kerana ibadat bukan setakat baca al-Quran, solat, puasa dan sebagainya tetapi ianya meliputi seluruh ruang kehidupan kita”.

Subhanallah~ Ana mula koreksi diri setelah membaca catatan penulisan beliau. Nampak kecil tapi besar kesannya dalam kehidupan kita. Kenapa ana berkata sedemikian? 

Cuba kita renung seketika, setiap permulaan puasa kita mesti dengan niat. Sebelum solat juga perlu niat, sebelum mandi wajib juga perlu niat. Semuanya bermula dengan niat. Dalam hadis 40 nukilan Imam Nawawi Rahimullah tercatat dimana niat diletakkan sebagai hadis pertama iaitu semua amalan bergantung pada niat.

“Melalui niat, ianya boleh membawa kita ke syurga, juga boleh membawa kita ke nereka…”

Ana percaya dan yakin, bila kita berniat untuk melakukan sesuatu dan bersungguh-sungguh dengan niat tersebut. Hidup kita akan terarah kepada niat tersebut. Jadi, sentiasalah berniat untuk sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Disebabkan niat juga, ianya mampu menjaga kita. Bila kita sudah terbiasa berniat untuk lakukan kerana Allah dan bermula dengan basmallah, apakah kita akan berbuat maksiat? sedangkan hati dan mulut berkata kerana Allah.

Cubalah dan lihatlah bagaimana ianya mampu mengubah kita kearah yang lebih baik. Boleh juga rujuk "Segalanya Kerana Niat" untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan niat. 

wallahua’lam…(^^,)




Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Friday 22 June 2012

Allah sayangkan kita


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau anugerahkan ini, moga diri ini menjadi sebaik-baik hamba buatMu. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Petang tadi, terbaca satu kisah yang cukup memberi ibrah pada diri, untuk terus mencari ketenangan bilamana tiap kali ujian yang mendatang..

XXXXXXXXXXXXX

Hatinya terusik dengan ketenangan insan yang berada dihadapannya.
Hebatkan ukhty nie? tenang hatta dihujani pelbagai musibah.” kata Asma' sambil memandang temannya.

MasyaAllah, ketenangan itu dari Allah s.w.t. ukhty. Masakan berani mengaku hebat sedangkan udara yang kita sedut ini pun milikNya….” balas Fasihah dengan nada lembut.

Fasihah ditahan dalam wad untuk sementara waktu hingga badannya benar-benar pulih kerna kekurangan darah dan oksigen dalam badan. Dia pengsan ketika sedang membuat operasi lapangan da’wah. Badannya keletihan, namun jiwanya tidak pernah merasa lelah.

Sesekali Asma' terdengar nafas Fasihah yang turun naik. Hatinya turut merasa pedih melihat temannya itu menanggung kesakitan penyakit yang dia alami. Tidak pernah sekalipun dia melihat Fasihah mengeluh, apatah lagi menyalahkan takdir.

“kenapa orang baik-baik sentiasa ditimpa ujian ye?” Asma' bersuara memecah kesunyian.

“kerna Allah rindu dan kasih kepada kita……” senyum Fasihah.


XXXXXXXXXXXXX

Diceritakan suatu masa dulu, ada sebuah negara yang ditadbir oleh seorang raja yang teramat kejam dan zalim kepada rakyatnya. Hampir setiap orang dalam negara tersebut merasakan kekejaman raja mereka.

Suatu hari, raja tersebut jatuh sakit. Lalu dia mengeluarkan titah“perintahkan kepada kesemua tabib dan doktor yang handal untuk merawat beta. Jika mereka ingkar, bunuh sahaja mereka!”

Kerana takut dibunuh oleh raja tersebut, seorang demi seorang para tabib dan doktor cuba merawatnya. Akhirnya seorang doktor dalam kalangan mereka menemui penawarnya.

“Penyakit Tuanku hanya akan sembuh dengan memakan ikan jenis ini. Namun sayangnya ikan tersebut tidak mungkin dapat ditangkap oleh para nelayan kerna ikan tersebut hanya akan melalui perairan negara kita pada musim tertentu dan bukan pada musim ini” jelas doktor tersebut.

“Beta tidak peduli! Bendahara, arahkan kesemua nelayan untuk mendapatkan ikan tersebut. Sekiranya tidak dapat, pancung kesemua kepala mereka.” titah raja tersebut.

Anehnya, sebaik sahaja para nelayan turun ke laut. berpuluh-puluh ekor ikan yang dimaksudkan oleh doktor tersebut dapat ditangkap dengan mudah. Maka, raja tersebut sembuh dari penyakit ganjil yang dialaminya.

Di sebuah negeri yang lain pula, ada seorang Sultan yang begitu adil dan saksama dalam pemerintahannya turut jatuh sakit dan terkena penyakit ganjil yang jarang sekali dialami oleh orang lain.

Sebaik sahaja seorang tabib merawatnya, tabib tersebut berkata “tuanku usah khuatir, penyakit tuanku akan sembuh jika tuanku makan ikan jenis ini. Sekarang musim ikan tersebut melalui perairan negera kita.”

Maka, berduyun-duyunlah rakyatnya pergi ke laut untuk menangkap ikan tersebut supaya Sultan yang adil itu kembali sembuh. Namun, suatu peristiwa aneh telah berlaku. Sebaik sahaja rakyatnya turun ke laut, seekor ikan pun tidak dapat mereka tangkap.

Akhirnya ia berlarutan hingga berminggu-minggu. Sultan tersebut akhirnya mangkat kerna tidak berjaya menemui penawar penyakitnya. Rakyat begitu sedih dan berkabung kerna telah kehilangan Sultan yang begitu adil dan saksama.

Para Malaikat yang melihat peristiwa itu berasa pelik, lalu mereka bertanya kepada Allah s.w.t.. “wahai Tuhanku, kenapakah Engkau sembuhkan Raja yang zalim itu dengan mengizinkan ikan-ikan yang tidak berada dimusimnya itu ditemui. Sedangkan Engkau mengambil nyawa Sultan yang adil itu dengan menghilangkan ikan tersebut walaupun ianya berada di musimnya?”

Lalu Allah s.w.t. menjawab, “kerna suatu masa dahulu raja yang zalim itu pernah membuat kebaikan kepadaKu, maka Aku membalas kebaikannya di dunia dengan menyembuhkan penyakitnya supaya apabila dia menghadapKu nanti, tidak ada pahala yang tinggal keatasnya, maka Aku dapat mencampaknya terus ke dalam neraka tanpa hitungan.”

‘Manakala Sultan yang adil itu pernah membuat dosa kepadaKu. Maka Aku membalasnya di dunia dengan menghilangkan penawar penyakitnya dan akhirnya dia meninggal dunia. Supaya apabila tiba hari perhitungan, tiada lagi dosa keatas dirinya dan Aku dapat masukkannya ke dalam syurga tanpa hisab.”

XXXXXXXXXXXXX

“Don’t push God to grant what we want. Allah always has the best treats for us."

Yakinlah…Allah punya aturan yang hebat buatmu…(^^,)

wallahhua’lam…



Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Wednesday 20 June 2012

Kerna DIA adalah nyawaku


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi peluang kepada insan kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk & sujud kepada Yang Maha Esa. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat ku rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in yang ku kagumi.
Ada sesuatu yang mengajar diri ini sepanjang mengembara di bumi Allah s.w.t…('',) Satu kisah yang dikongsi oleh seorang sahabat ana, dan ana ingin kongsikan  untuk manfaat bersama supaya terus rukuk dan sujud kepadaNya. insyaAllah.. 
XXXXXXXXXXX
Ada sebuah keluarga sakinah yang cukup bahagia dan berpegang teguh pada agama Islam yang dianutinya. Sudah beberapa puluh tahun berkahwin, suaminya tidak pernah sekali pun menceritakan masalah yang dialaminya. Yang dikongsi bersamanya hanyalah kegembiraan.
Namun, Puan Fatimah dapat mengetahui apa yang dialami suaminya walaupun tidak pernah sekali suaminya menceritakan apa yang dialaminya. Jiran tetangganya sering bertanya keadaan suaminya, adakah masih mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa setelah difitnah dengan begitu teruk sehingga dilucutkan jawatan.
Bagaimana suaminya masih mampu berdepan dengan orang disekelilingnya yang menikamnya dari belakang, masih mampu mengukir senyuman dan riak wajahnya nampak begitu tenang dalam menghadapi ujian yang Allah s.w.t. sediakan buat suaminya.
Namun, Puan Fatimah hanya membalas persoalan itu dengan hanya senyuman. Tidak pernah sekali pun dia bertanya semua masalah itu kepada suaminya dari dulu hingga kini. Tiap kali dia dapat tahu suaminya punya masalah, pasti dia akan melakukan sesuatu yang membuatkan suaminya tersenyum bahagia.
Tentu  pelik kan?, bagaimana Puan Fatimah dapat mengetahui suaminya ada masalah sedangkan tidak pernah sekali pun suaminya menceritakan masalah yang sedang dihadapi kepadanya.
Hal ini kerna, tiap kali tiba sepertiga malam suaminya akan bangun dan sujud kepada Yang Maha Pencipta. Tiap masalah yang dialami, suaminya akan mengadu kepada Allah s.w.t., merintih memohon bantuan kepada Allah s.w.t., moga diberi kekuatan. Dari situlah Puan Fatimah dapat tahu bahawa suaminya punya masalah.
Subhanallah……
XXXXXXXXXXX
Fiman Allah s.w.t. bermaksud:
“belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik”
(surah Al-Hadid, ayat 16)
Ana rasa ayat ini cukup jelas maksudnya, cuba tanya dalam diri kita…adakah kita benar-benar khusyuk mengingati Allah s.w.t. serta mematuhi segala perintah yang telah ditetapkanNYA? Atau kita terus hanyut dibuai mimpi fantasi dengan fatamorgana dunia sehingga satu masa hati kita menjadi keras dan susah untuk dilembutkan. Pabila sampai ke tahap ini ramai dikalangan kita menjadi fasik……Nauzubillah…
Ya..ana juga akui itu..namun, bagi jiwa yang benar-benar takut dengan Allah s.w.t…hari-hari sebegitu ibarat musibah buat diri jika terus hanyut dengan kesibukan dunia hingga lupa kepada Yang Maha Esa. Masing-masing menceritakan apa yang dilalui dalam hidup sebagai pedoman buat sahabat-sahabat yang lain. Berkongsi rasa suka dan duka bersama dalam menempuh kehidupan yang terus menguji keimanan diri dengan kondisi diri yang kadang-kadang tewas dengan nafsu…Nauzubillah..
“lalai sesaat boleh mencucurkan air mata setahun”
XXXXXXXXXXX
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
 “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”
(al-Ankabut (29:69)
Ini adalah janji Allah s.w.t. buat hambanya. Sesibuk mana pun kita dan sekuat mana pun kita diuji, tetapi… sekiranya kita bersungguh-sungguh melaksanakan ibadat kepadaNYA..ingin berubah kearah yang lebih baik…insyaAllah DIA akan bantu..kerna dia Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang kepada hamba-hambaNYA yang taat kepadaNYA…
Sepertimana kisah Puan Fatimah dan suaminya…juga kisah ini…
XXXXXXXXXXX
Senyuman tidak pernah lekang dibibrnya, nada suaranya sentiasa dalam keadaan lembut menandakan dirinya bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya hingga sahabat disekelilingnya merasakan seolah-olah dirinya tidak punya apa-apa masalah tidak seperti sahabat-sahabatnya yang lain, yang sering mengadu masalah kepadanya.
Pernah suatu ketika, dirinya dituduh menipu dalam peperiksaan hanya kerna dia membantu pensyarah mengutip kertas-kertas jawapan dan apabila keputusan keluar dia mendapat markah tertinggi dalam kelasnya, tambahan pula itulah kali pertama dia mendapat keputusan yang cemerlang.
Akhirnya dia terpaksa mengambil ujian lagi sekali sebagai bukti bahawa dia tidak menipu dan dia akur walaupun ada sahabatnya menentang dan menyatakan dia tidak menipu. Tapi, dia pula yang memujuk sahabatnya dengan tersenyum tenang. Dan terbukti, dia tidak bersalah kerna markah yang diperolehi ini lebih tinggi dari sebelumnya.
Begitu juga dalam kehidupan seharian, dialah yang menjadi penenang tika suasana dalam keadaan emosi dan dialah yang menjadi kekuatan tika suasana melemahkan mereka. Satu ketika, dia tidak hadir ke kuliah seperti kebiasaannya. Sudah beberapa hari sahabat-sahabatnya tidak bersua dengannya.
Mereka mengambil keputusan untuk pergi menziarahinya dirumah selepas dikhabarkan oleh teman sebiliknya bahawa dia pulang ke kampung halaman. Alangkah terkejutnya mereka sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumahnya, dihadapan mereka adalah rumah usang yang buruk serta tidak punya eletrik malah air yang digunakan diambil dari telaga bersebelahan rumah.
Ibunya menjemput mereka masuk ke dalam rumah usang tersebut. Cukup daif kehidupan yang dialaminya hingga ada sahabatnya menitiskan air mata apatah lagi saat terpandang susuk tubuh seseorang iaitu ayahnya yang terbaring lumpuh hampir 6 tahun lalu akibat kemalangan tika hendak ke tempat kerja.
Terdengar dari luar ada orang memberi salam, semua yang ada dalam rumah tersebut memandangnya. Sahabat yang menangis tadi terus berlari ke arahnya dan memeluknya. Dia menjadi kaget dengan situasi tersebut apatah lagi terkejut melihat sahabatnya berada dirumahnya.
Tika keadaan kembali reda, seorang sahabat bertanya kepadanya yang tika itu sedang mengelap badan ayahnya. “macam mana awk boleh lalui semua nie? Kitaorang sangka awk tidak punya apa-apa masalah sebab slalu tengok awk tenang je”
Dia pun tersenyum sambil tangannya berhenti seketika dari meneruskan kerjanya, lalu memandang ke arah bingkai gambar yang tertulis “ALLAH”……sambil berkata, “DIA nyawaku”
Dan meneruskan kata-kata,“saat aku lemah tidak berdaya, aku sujud kepadaNYA pasti DIA akan berikan kekuatan kepadaku…saat aku ditimpa dengan bermacam-macam masalah, aku mengadu dan merintih kepadaNYA pasti DIA akan membantuku…saat aku buntu dan keliru, pasti DIA akan tunjukkan jalan penyelesaiannya… saat hatiku resah dan gelisah, pasti DIA akan tenangkan hatiku….ALLAH s.w.t. adalah segala-galanya buatku…..Kerna DIA aku masih mampu tenang dengan semua ujian ini”
Semua sahabatnya terdiam bila mendengar kata-katanya, dan seorang sahabatnya bermonolog sendirian..”patut la aku slalu nampak dia kat library menyalin nota-nota dan meminjam banyak buku, rupanya dia tidak punya duit untuk membeli buku-buku tersebut. Baru aku tahu, kenapa dia slalu tolak ajakan ku tiap kali hendak ke café, rupanya dia puasa sunat kerna ingin menjimatkan perbelanjaan sehariannya. Dan baru kini aku tahu kenapa duit biasiswanya sikit, kerna dia berikan sedikit kepada keluarganya…setelah hampir 3 tahun, baru aku tahu…Ya Allah..tabahnya hati sahabatku ini… ”
“Sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku, matiku, hanyalah untuk Mu Ya Allah…Tuhan Sekelian alam…”
 “(iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatkah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram”
(Surah ar-Ra’d, ayat 28)
XXXXXXXXXXX
KAU begitu sempurna
Dimataku KAU begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujiMU
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan “diriMU”
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintaMU

Janganlah KAU tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamaMU ku akan bisa

KAU adalah darahku
KAU adalah jantungku
KAU adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, KAU begitu
Sempurna.. Sempurna..

KAU “genggam” tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
KAU bisikkan kata dan hapus semua sesalku

~Cukuplah Allah s.w.t. bagiku, tiada yang lain selain DIA~


Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Monday 18 June 2012

Mawar Terpilih ('',)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ku ke hadrat Allah s.w.t. kerna masih memberi kesempatan kepada hambaNYA ini untuk terus rukuk dan sujud kepadaNYA. Selawat dan salam buat kekasih yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian...
Pagi tadi, ana terbaca satu cerpen pendek yang InsyaAllah bermanfaat untuk dijadikan pengajaran juga peringatan khusus buat diri, juga buat semua. ('',) Dah edit sikit-sikit sebab tak berapa nak ingat.. hehe
XXXXXXXXXXXXX
“tut…tut..tut…” bunyi mesej masuk. Balqis segera mengambil telefon bimbitnya.
 “astaqhfirullahhalazim…”, kata Balqis selepas membaca mesej tersebut, walaupun perlahan..sahabat baiknya yang duduk disebelahnya dapat mendengarnya.
Waktu itu mereka sedang mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan hari Isnin nanti. Lantas Syauqah bertanya kepadanya, “kenapa Balqis? Ada yang tak kena ke?”.
Balqis mengambil telefon bimbitnya lalu diberikan kepada Syauqah seraya berkata, “nie dah masuk kali ketiga……”
Syauqah membaca kandungan mesej tersebut,“salam….maaf kalau ganggu enti nak study…ana tahu ini bukan masa yang sesuai…ana cuma nak berkenalan dengan enti dengan lebih dekat lagi, boleh? Ana selalu perhatikan enti masa dalam kelas, lain dari pelajar perempuan yang lain. Kalau punya kelapangan, balaslah mesej nie ya..ana mengharap sangat….(“,)”
“so, balas tak?”. Tanya Sauqah
“macam biasa la….” Jawab Balqis sambil tangannya mengambil telefon bimbitnya dari tangan syauqah dan memadam mesej tadi.
“Alhamdulillah…..” kata Syauqah sambil bibirnya tersenyum indah kepada sahabatnya. Terasa bangga dengan sahabatnya, punya rupa yang menawan, pintar akalnya malah akhlak juga peribadinya cukup bagus.
“ha…cik srikandi Islam dua orang tu yang duk tersengih-sengih tu apa apasal, faham tak apa yang saya terangkan tadi?”. tegur Hafizah dalam nada usikannya.
“Eh…cakap apa tadi?”, tanya Balqis, malu dibuatnya saat semua mata memandang ke arahnya.
“Ermm…dah agak pun, tak pa…saya ulang, soalan 2 tu berkaitan dengan perundangan Islam. Bagaimana penetapan hukum dibuat, asasnya ada lima iaitu dari segi agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Contohnya, kenapa Allah s.w.t. meletakkan hukuman bunuh kepada orang Islam yang murtad, sebab nak jaga agama. Begitu juga yang lain, kenapa Allah s.w.t. menghukum orang yang berzina dengan sebatan 100 kali bagi yang belum kahwin dan direjam sampai mati bagi yang sudah kahwin sebab nak jaga keturunan. Semua yang Allah s.w.t. tetapkan ada hikmahnya, bukan saja-saja dan sia-sia.” Terang Hafizah dengan panjang lebarnya.
Balqis dan Syauqah mencatat apa yang perlu.
“ha..sekarang cerita kenapa tersengih-sengih tadi” semua mata memandang mereka.
“haa…eerrr…” Balqis jadi serba salah nak bagitahu ataupun tidak.
“tadi, ada orang hantar mesej lagi kat Srikandi kita nie…nak berkenalan katanya..” Sayuqah mencelah.
Oowwhhh….” Kata mereka dengan serentak.
lepas tu akak balas tak? Tanya juniornya.
“tak…akak tak balas pun..” jawab Balqis.
“kesian kat dia…tertunggu mesej akak” kata juniornya lagi.
“tak pa..biar kesian sekarang, jangan kesian di kemudian hari bila dah terlajak. Akak deleta je mesej tu” kata Balqis sambil membelek nota yang dicatatnya tadi.
“awak delete?” Hafizah pula menyampuk.
“A’aaa…baik delete terus, buat apa nak simpan. Saat nie boleh la saya kata tak nak sebab iman masih utuh, tapi macam mana saat iman saya rapuh. Mungkin saya akan balas mesej tu, jadi baik delete terus. Biar berlalu bak angin lalu….”
“tak de la…sekurang-kurangnya bagitahulah yang awak tak berminat” kata Hafizah lagi.
“tak pa tak balas mesej dia pun….mungkin dia dah mengerti yang kita tak nak…jangan ambik risiko dengan langkah kedua” jawab Balqis sambil mengangkat tangan membentuk jarinya menandakan dua.
“langkah kedua?” semua yang ada berkata serentak.
a’aaa…langkah kedua tu bermaksud kita balas mesej tu la… tak kira la samaada bagitahu nak ataupun tak nak. Biar dia fikir yang nombor yang dia mesej tu silap, delete terus supaya kita tak terfikir pasal nie dah….sebab langkah ketiga yang akan dia buat nanti akan diiringi oleh bisikan syaitan”jawab Balqis. Itulah pendiriannya dari dulu hingga kini.
“hai…kalu bab nie semua suka ye…dah, jom sambung study..” celah Syauqah pula.
“okeyy…jommm…..tiada langkah keduaaa..” usik mereka semua sambil memandang Balqis dengan jari membentukkan dua.
Bergema bilik tersebut dengan tawa mereka semua. (TAMAT)
XXXXXXXXXXXXX

Dan kata-kata nie ana ambil dari facebook sahabat ana.
“Sekarang ni, senang-senang je nak declared 'couple'..ingat couple tu hubungan sah ke?Ingatlah wahai sahabat2, bercinta lepas kawen tu, ada kenikmatan dan keberkatan padanya. Couple ni wat rugi masa je, dahlah hilang kenikmatan bahagia selepas kawen, dosa pun dapat.. Jangan percaya janji syaitan, syaitan tidak mampu menolongmu dan tidak akan menolongmu di akhirat kelak..Percayalah pada janji Allah,janjiNya PASTI!!!”
Betul….ana setuju dengannya, ana juga sedar…tiada cinta paling indah juga cinta paling agung yang penuh dengan keajaiban melainkan hanya pada Allah s.w.t.
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Renungkanlah hadis tersebut wahai para muslimat sekalian. Kita membawa fitnah terbesar kepada Muslimin, jadi sekiranya mereka mengundang bala dan musibah dengan cuba menagih cinta dari kita. Hapuskanlah jejak itu wahai akhowat sekalian…
Mata ini sudah banyak kali melihat, ramai para pejuang Islam gugur bukan di medan tempur tapi kerna wanita. Itulah hebatnya kuasa wanita, mampu mengoyahkan iman kaum adam kerna nafsunya yang satu itu terletak pada wanita.
Yahudi Laknatullah punya agendanya bagaimana untuk menjatuhkan dan menghapuskan umat Islam iaitu “rosakkan wanita Islam”.
Tempatkanlah dirimu dalam kalangan Mawar berduri terpilih yang tumbuh di taman larangan dan hanya yang terpilih sahaja mampu memetiknya.
Duhai puteriku….
Tanpa kau sedari,
Keremajaan mu bisa menakluk dunia
Dalam lalai dan leka….
Berkatalah dalam diri…………….
“kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia,
Kesegaran dan kejelitaan mu adalah fana belaka,
Salutilah tubuhmu dengan iman….
Kerna ia sangat manis pada pandangan dan jua perhiasan…”
Duhai Muslimat terpuji…
Berfikirlah untuk menjadi insan berguna
Agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiran mu…..
XXXXXXXXXXXXX
BUATMU WANITA SOLEHAH.. ('',)
Wahai wanita Muslimah
Dirimu umpama bunga Mawar,
Harum mewangi memikat sang kumbang,
Sentiasa menawan dengan tarikan mekar memerah,
Sukar untuk dicantas kerna di lindung duri...

Awas!
Cinta itu fitrah tetapi amat mudah bertukar menjadi fitnah,
Jangan biar layu dek hembusan kata-kata dusta...

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu sebaliknya,
Ingat! Bukan dengan mengungkap kata-kata cinta Islamik
tetapi disulam dengan perkara yang melekakan daripada-Nya.
Yang baik itu tidak sesekali menceroboh ruang hati si dia
Dengan semburan racun nafsu 
yang merosakkan Hati, Iman & Jarak.

Jika mahu, dapatkan secara terhormat,
Istikharah dengan Allah dan bertemu wali si dia
Jadikan ikatan Sakinah, mawaddah wa rahmah 
dengan redha-Nya.

Jaga Hati, Jaga Iman, Jaga Jarak !!!

Raihlah cinta Allah sebenar-benar cinta,
InsyaAllah cinta itu mampu meningkatkan iman dan
memandu dirimu kearah syurga-Nya yang hakiki...



Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^