Saturday 23 June 2012

UntukMu Ya Allah...♥

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau anugerahkan ini, moga diri ini menjadi sebaik-baik hamba buatMu. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.


Tak mudahkan untuk sentiasa berniat dan istiqomah melakukan sesuatu perkara kerana Allah. Kita mungkin akan terleka seketika saat sedang menunaikan amanah sebagai seorang pelajar, guru, doktor dan banyak lagi dalam kehidupan seharian.

Ana teringat perkongsian yang ditulis dalam laman sosial seorang sahabat ketika membuat usrah bersama adik-adik usrahnya.

“cuba bagitahu , apa amalan yang cuba kalian perbaiki dan mahu istiqomah dengannya?”

“kalau saya, saya nak cuba solat berjemaah setiap waktu. Subuh, maghrib dan isya’ sudah mampu istiqomah sebab solat di surau kolej atau masjid. Tapi zohor dan asar susah sikit sebab kuliah.” jawab salah seorang dari mereka.

“kalau saya pula, saya nak kekal baca al-quran satu juzuk dalam sehari dan cuba tak tinggal solat sunat hajat selepas solat maghrib”. jawab yang lain.

Tiba giliran sang naqibah pula.

“kalau saya pula. Saya cuba untuk istiqomah dengan yang satu ini iaitu setiap perkara yang saya lakukan dalam kehidupan seharian tidak kira ketika beriadah, makan nasi, ulangkaji pelajaran, bantu mak dan banyak lagi dengan sentiasa berniat ‘semua ini adalah kerana Allah’ supaya Allah berkahi setiap apa yang saya lakukan kerana ibadat bukan setakat baca al-Quran, solat, puasa dan sebagainya tetapi ianya meliputi seluruh ruang kehidupan kita”.

Subhanallah~ Ana mula koreksi diri setelah membaca catatan penulisan beliau. Nampak kecil tapi besar kesannya dalam kehidupan kita. Kenapa ana berkata sedemikian? 

Cuba kita renung seketika, setiap permulaan puasa kita mesti dengan niat. Sebelum solat juga perlu niat, sebelum mandi wajib juga perlu niat. Semuanya bermula dengan niat. Dalam hadis 40 nukilan Imam Nawawi Rahimullah tercatat dimana niat diletakkan sebagai hadis pertama iaitu semua amalan bergantung pada niat.

“Melalui niat, ianya boleh membawa kita ke syurga, juga boleh membawa kita ke nereka…”

Ana percaya dan yakin, bila kita berniat untuk melakukan sesuatu dan bersungguh-sungguh dengan niat tersebut. Hidup kita akan terarah kepada niat tersebut. Jadi, sentiasalah berniat untuk sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Disebabkan niat juga, ianya mampu menjaga kita. Bila kita sudah terbiasa berniat untuk lakukan kerana Allah dan bermula dengan basmallah, apakah kita akan berbuat maksiat? sedangkan hati dan mulut berkata kerana Allah.

Cubalah dan lihatlah bagaimana ianya mampu mengubah kita kearah yang lebih baik. Boleh juga rujuk "Segalanya Kerana Niat" untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan niat. 

wallahua’lam…(^^,)




Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

No comments: