“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.
Alhamdulillah wa syukrillah atas
nafas yang masih berbaki ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Selawat
dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda
s.a.w. Pembawa rahmat buat seluruh alam.
Merenung. Muhasabah. Koreksi diri.
Setiap hal dan inci hidup pasti ada
hikmahnya. Pasti! Mana mungkin Allah aturkan sesuatu dengan sia-sia. Antara
kita sedar atau tidak bahawa Allah s.w.t. sedang ‘mendidik’ kita. Baiklah,
ana ingin kongsikan kisah hidup seorang hamba Allah yang akhirnya menerima
hidayah Allah.. AllahuAllah.. Benarlah, hidayah itu milik Allah. Moga Allah
tetapkan dia di jalan yang benar.
XXXXXXXXXXX
Sekadar perkongsian:-
Aku menulis nota ini utk keluargaku dan sahabat-sahabat disana, andai
ada kata yg salah, sepenuh hati aku memohon maaf. Aku hanyalah manusia biasa,
hambaNYA sama seperti kamu. Walau kini kita berbeza, aku tetap ada utk kamu,
dan berusaha utk menjaga kamu. Mungkin kamu terfikir, jalan hidup yg aku pilih
ini adalah salah dimata kamu, tapi tidak bagi aku. Seharusnya aku bersyukur
kerana ditemukan jalan kehidupan ini. Aku meninggalkan kejahilanku, bukannya
meninggalkan kamu. Saat kamu berkata, aku telah salah memilih agama ini,
sesekali tidak wahai keluargaku, wahai sahabat-sahabatku..sebenarnya hati dan
mata kamu tertutup, robohkanlah dinding hati kamu yg tebal itu..maka kamu akan
melihat, disaat itu kamu merasakan diri terlalu kerdil. Aku masih ingat, ketika
lafaz syahadah ku ucapkan, terasa hati tenang, beban selama ini ku tanggung
hilang tiba-tiba..tidak sedar, aku menangis..menangis bukan kerana aku
menyesal, oh tidak! aku menangis bersyukur..inilah nikmat yg tidak pernah ku
rasai.
Selama 3 tahun aku hilang tempat berpaut, terbang melayang-layang tanpa
berhenti, mencari dan terus mencari...suatu malam, Allah SWT telah memutuskan
agar aku menerima hidayahNYA..DIA membuatkan hatiku sesak, gelisah dan
menangis..kerana ia nikmat mengenang dosa! Barulah aku sedar, selama aku hidup
di dunia ini, aku berjalan dgn kejahilan, hidup yg sia-sia tidak bermakna dan
hanya keseronokan semata-mata. Aku menangis sepuas-puasnya, biarlah DIA
mendengar rintihanku..bagaimana aku berdoa? berdoa dgn cara dahulu, sesekali
tidak..hati tidak menginginkannya..ku mencari-cari tafsir Al-Quran, ku peluk
erat-erat..hatiku berdoa "Ya Tuhan, jika Engkau benar-benar memilihku,
berikanlah aku jalan keluar dari belenggu ini". Akhirnya aku tertidur dgn
memeluk Al-Quran itu, biarpun ketika itu aku belum menjadi seorang muslim, tapi
ia Al-Quran itu telah memberi ketenangan..sungguh membahagiakan, ia langsung
tidakku fahami. DIA Maha Mendengar, DIA telah menemukan hamba-hambaNYA utk
membantuku, satu per satu datang, sehinggalah aku selesai mengucap syahadah.
Aku bukannya membanggakan diri, maafkanku wahai ibubapaku, dan
sahabat-sahabatku..aku hanya sekadar memberi perkongsian agar kamu jg melihat
apa yg aku lihat, merasa apa yg aku rasa, menikmati apa yg aku nikmati. Jangan
kamu menilai apa yg orang kafir katakan, tapi berfikirlah utk akhirat
kamu.
Suatu ketika, aku menaiki bas ke tempat kerja, jalan melalui sebuah
masjid...tiba-tiba azan berkumandang, menandakan waktu sembahyang utk umat
Islam, aku pada masa itu tidak tahu waktu apa azan itu (Kini baruku tahu, ia
adalah azan utk solat Asar)..aku tersentak, tiba-tiba terasa sayu, hati
tersangat pilu. kenapa? aku tidak tahu. Azan itu seolah-olah mengajakku utk
datang ke masjid. Aku menangis dalam diam, aku menghayati alaunan suara azan,
benar-benar syahdu. KehendakNYA utkku terus mendekati Islam. selalunya
mendengar azan di radio atau televisyen, asal saja azan, kedua-duanya di
matikan. Kata ibubapaku, itu bising. Aku tidak tahu pada masa itu, hanya
menurut. Menunggu detik agar azan itu benar-benar membuatku jatuh hati, apabila
azan di Masjid. Kalau azan di radio atau televisyen, boleh dimatikan..bagaimana
dengan mendengar azan di Masjid? Bagaimana nak dimatikkan? :), Suatu hari, aku
berjanji dgn diriku..nanti aku akan memasuki masjid itu, apa di dalamnya, siapa
yg memberi azan? Syukur, Masjid pertamaku jejaki adalah Masjid yg membuatkanku
menangis mendengar azan. Akhirnya, aku berjaya melihat apa didalam masjid,
siapa yg memberi azan...dipermudahkan.
Bila diri bergelar muslim, DIA tidak akan melihat imanku dgn memberi
kehidupan yg baik. Kadangkala akan di datangkan hujan utk membasahkan diriku,
didatangkan pula matahari utk memanaskan badan, ahkhirnya terasa diri tidak
sihat, sebenarnya DIA menyayangiku, DIA ingin melihat teguh mana akidah dan
tauhidku kpdNYA. Ramai sahabat-sahabat muslimah mengelarku muallaf..hamba
pilihan. Aku tahu semua manusia jg hamba pilihanNYA, Hidayah itu perlu
dicari..aku tidak mencari tapi ia datang secara tiba-tiba, seolah-olah ia
adalah suara hati, bayang-bayang kehidupan, mengajak utk mencari hidup yg lebih
baik. Aku tidak menyalahkan kpd mereka yg sedia muslim tapi hanya pada nama,
mereka jg sedang diuji..janganlah melihat mereka dengan pandangan yg serong,
mereka jg manusia biasa..hati masih belum terbuka utk mencari kebenaran.
Lihatlah pada kemurnian agama Islam, bukan pada penganutnya...Islam yg
sempurna, bukan pada manusia..wahai keluargaku dan sahabat-sahabatku, Janganlah
pada diriku krn memilih jalan ini, dan juga jangan benci pada agama yg ku anuti
kini. Ia tidak bersalah, dan tidak memberi kemudaratan kepada kamu. Jangan kamu
sakit hati kerana ramai yg telah meninggalkan kamu, tapi renungkanlah..kenapa
aku meninggalkan agama kamu kerana agamaku kini?. Aku tidak ingin menjadi riak,
anggkuh dan sombong..aku cuma ingin kamu melihat pada sisi mana kamu melihat
kecacatan pada agama ini...
Aku pernah menyuarakan kepada seroang sahabatku, aku ingin mempelajari
Islam tapi tidak menganutinya. Sahabat itu menjawab, jadilah dahulu
penganutnya, barulah engkau mempelajarinya..pahala engkau dapat. Aku sebenarnya
tidak mahu, aku cuma mahu mencari kelemahannya agama itu, cacat celanya agama
itu..semakin mencari, mencari, mencari...tidak ditemui, malah membuatkan ku
semakin buntu, tidak ada jawapan. Aku berkata kpd sahabatku, Aku tidak akan dan
tidak sesekali memeluk agama kamu selagi aku temui kebaikkannya...Maha Suci
Allah, tidak ada yg mustahil...percayalah, sesiapa yg menyangkal ia akan
memakan diri sendiri. Jawapannya kini ku temui, Bukan Islam yg dicari cacat
celanya tapi ia terletak kepada manusia yg belum menemui hidayahNYA. Benarlah,
terlalu banyak tuaian tapi yg menuai hanya sedikit...
Aku mulai belajar sepatah demi sepatah alif, ba, ta, tsa...dulu, aku
pernah berkata..bertuahnya manusia yg boleh belajar tulisan berbelit dan sukar
difahami. Mustahil bagi aku utk memahamiNYA...Allah Maha Besar, sepatah demi
sepatah aku pelajari, semakin lama aku boleh menguasainya, biarpun
tertatih-tatih, tapi aku sangat bersyukur krana akhirnya aku boleh
membacanya..Aku tidak boleh memahaminya, aku membaca tafsirnya..ayat demi ayat
aku pelajari..apa yg terkandung memberi banyakjawapan pada persoalanku. Rupanya
jawapan segala pertanyaanku adalah terdapat pada Al-Quran. Bagaimana dgn
ibubapaku yg masih kafir? bagaimana dengan saudaraku yg masih kafir? bagaimana
dengan mereka yg ingkar? tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah Azab yg
pedih. Ya Allah, aku tidak mahu keluarga dan sahabat-sahabatku menerima azab,
bukakanlah hidayah kepada mereka, jadikanlah mereka hambaMU yg bertakwa.
Pengalaman pertama kali menunaikan ibadat solat, aku hanya menjadi
makmum yg mengikut pergerakan, bukan doa yg dilafaz, tapi air mata yg keluar.
Berusaha utk menahan tapi tidak tertahan, setiap kali sujud, setitis demi
setitis air mata mengalir, tidak tahu kenapa? diri begitu tersangat jahil,
tidak layak utk bersujud, aku dipeluk oleh sahabat-sahabat jemaah. Ya Allah,
aku memohon kekuatan dariMU. Hari demi hari, aku berusaha utk belajar doa,
biarpun tidak mampu berdoa dgn bahasa lain, namun aku tetap berdoa agar dipermudahkan
aku memahami doa-doa solat. Syukur kpd Allah, hamba yg mencari pasti di beri
jalan yg mudah. Aku mulai menguasai dan memahami setiap bait doa, aku berusaha
utk menghayatinya...saat itulah aku akan menangis, seolah-olah DIA ada disisi
sedang melihatku, aku terasa kerdil di hadapanNYA.
Untuk ibu dan bapaku, maafkanlah andai pilihan hidupku ini telah
menguris dan melukakan hati kamu, bukannya niat utk berpaling dari agama yg
kamu anuti tapi aku cuba mencari yg terbaik utkku. Aku tahu, begitu kasihnya
kamu kpdku, sayangnya kamu kepadaku, kamu menjagaku dengan baik..aku akui, tapi
utk kembali menganuti agama yg kamu percayai, aku tidak akan berpaling lagi.
Sungguh, aku sangat2 memohon maaf. Biarpun kadang-kadang kamu menyisihkan dan
membandingkanku dgn adik beradik yg lain...aku sesekali tidak ambil hati, hak
kamu utk menilai. Di antara kami adik beradik, aku dan kakak sahaja yg berbeza,
hanya kerana kami muslim. Tidak mengapa wahai ibu dan ayahku, janganlah benci
anak2mu yg muslim, kami mahu kamu hormati sebagaimana kami menghormati agama
kamu. Kami tidak akan merasa jauh biarpun kami bergelar muslim. Ketahuilah la
wahai ibu dan ayahku, sejak aku dilahirkan, tidak pernah aku mencium tangan dan
memeluk kamu sehinggalah aku bergelar muslim. Semua kerana Islam mengajarku utk
menghormati kedua ibubapa...walaupun sukar utk utk lakukan, tapi aku cuba utk
gagahi jua. Aku cuba memperbaiki cara hidup yg jahil, mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Maafkan aku ya ibu dan ayah, kadangkala ada terkasar kata tanpaku
sedar...tidak bermakna aku tidak menyayangi kamu. Sebenarnya aku berusaha utk
memperlihatkan kepada kamu bahawa aku bukannya seperti dulu, dan Islam telah
mengajarku utk lebih baik menjadi sebagaimana yg kamu lihat.
Andai nanti wahai ibubapaku dan sahabat-sahabatku, jika aku yg pergi
dulu, smoga DIA akan membukakan hati kamu utk menerima hidayah. Jika kamu pergi
dulu, aku akan sentiasa mendoakan kamu yg terbaik, tapi
wahai ibubapaku dan sahabat-sahabatku, aku tidak ingin kamu pergi
dgn kekafiran. Tapi jika itu kehendakNYA, aku akur...di akhirat nanti, aku
tidak akan mengenali kamu, begitu jg kamu tidak mengenali aku. Kamu akan
bersama-sama mereka yg kafir, aku akan bersama-sama dgn umat Nabi Muhammad SAW.
Aku pun tidak tahu, aku bagaimana dan kamu bagaimana? kerana akhirat, DIA yg
berkuasa. Wahai ibubapaku dan sahabat-sahabatku, sebelum aku
mengakhiri pena jariku...aku memohon agar kamu renungkan dan maafkanlah diriku
yg meluahkan hati disini, aku mahu mereka yg senasib dgnku dan mereka yg mencari-cari
hidayahNYA tahu...betapa aku mengharapkan agar kamu memahamiku. Maafkan sekali
lagi.
Waalaikumusalam,
Ikhlas dariku,
NUR MUHAYYA @ ELISABETH TINGGING ABDULLAH.
No comments:
Post a Comment