“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah, syukur ku ke hadrat Mu atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau berikan kepada hamba ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta dunia & akhirat, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Minggu ni, merupakan minggu yang paling sibuk di Sekolah, mesyuarat, Latihan sukan, dan sebagainya, hinggakan balik rumah dengan kepenatan dan makanya, ''pengsan'' kejap.. hehe.. Esok juga, akan diadakan satu Kursus Pengurusan Jenazah di Sekolah, mudah-mudahan usaha kami yang sekecil ini, dapat memberikan manfaat yang cukup berguna buat mereka, dan mudah-mudahan jua segala urusan di permudahkan oleh Mu ya Allah. Ameen Ya Allah..
Hari nie sahabat sepondok mak dan mak saudara datang ziarah kerana sudah lama tak bertemu. Dalam keadaan masih sedar tak sedar, terus bersiap-siap dan ke dapur untuk sediakan air dan makanan untuk tetamu yang datang. Setelah selesai, duduk sekejap dengan para ibu sambil mendengar mereka berbual. Tiba-tiba, anak mata ana terpandang nie..hehe
Hero yang mengada-gada, dan banyak cakap.. hehe. Elok je minum susu sambil tengok Tv, tak padan dengan kecil. ;p
Setelah sahabat mak balik, datang pula mak saudara dengan anaknya. Adik ana masuk bilik dan bagitahu, “kak , ada orang datang. Mak suruh buat air..”.
Dan seperti tadi, ana keluarkan ais batu dari peti sejuk untuk buat air oren. Sebaik sahaja beberapa sudu gula dimasukkan dalam jug kaca, mak pun cakap, “kak , buat air panas ye..teh pun takpe..”.
Tangan ana yang tengah menceduk gula terus kaku, dalam hati terus kata “macam mana nie, kalau nak buat air panas kena dalam teko bukan dalam jug…tapi gula dah bubuh, nanti membazir air plak nak basuh bekas…”
“hmm…takpelah, mana-mana pun sama, boleh minum jugak…huhu..”
Dah siap, ana bawa air dan keropok ke ruang tamu. Tiba-tiba mak bersuara,“kenapa tak letak dalam cawan?”.
Ana pun diam, lepas tu tersenyum sendiri dalam hati. Ana mendapat suatu hikmah dari gelas dan cawan tersebut. Mungkin bagi sesetengah insan, ianya perkara kecil dan remeh sahaja. Tetapi tidak bagi ana. Lalu ku lafazkan alhamdulillah atas peringatan dan muhasabah yang Allah s.w.t. aturkan…(^_^)
Apa persamaan dan perbezaan antara gambar di bawah?
Jika ditanya kepada ana, persamaan dua objek nie adalah untuk menakung air untuk memudahkan kita minum. Perbezaannya pula adalah, air yang diletakkan dalam dua objek ini perlu mengikut kesuaian.
Jika air tersebut panas, maka ianya mesti diletakkan dalam cawan kerna ada tempat untuk pegang disisi cawan tersebut supaya tangan tidak rasa panas. Jika air tersebut sejuk pula, ianya mesti diletakkan dalam gelas.
Jadi, ianya punya fungsi yang sama iaitu untuk memudahkan kita minum dan air yang diletakkan tidak serupa antara keduanya. Begitu juga dengan gambar ini.
Kedua-duanya sudah memakai tudung, juga sudah menutup apa yang sepatutnya ditutup. Tetapi sayangnya, tidak serupa dalam menutup aurat. Ada sesetengah wanita Islam yang meletakkan aurat hanya pada rambut dan kepala sahaja tetapi memakai lengan pendek dan menampakkan kaki.
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir”
(Surah An-Nur, ayat 31)
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.

Dari laman web Ustaz Zaharuddin. (aurat wanita apa sudah jadi)
Begitu juga para da’ie di luar sana, jika mahu menegur insan yang tidak menutup aurat, tegurlah dengan selembut dan sehikmah mungkin. Pastikan hati itu terlebih dahulu dimuhasabah dan ikhlas untuk menegur kerna Allah s.w.t…
Nasihatlah dia ketika dia bersendirian dan bukan dikhalayak ramai kerna itu hanya akan membuatkan dia makin jauh dan “panas”, apatah lagi mahu berubah kearah kebaikan. Begitu juga seperti cawan dan gelas tadi.
Antara menegur selembut air dengan menegur sekeras batu. Ianya sama-sama sudah memberi nasihat, tetapi pendekatan dan gaya yang tidak serupa. Pasti akan memberi kesan yang berbeza kepada yang mendengarnya. Tidak rugi sedikit pun jika kita berkata dengan baik dan lemah lembut.
“gaya bahasa dan percakapan seseorang menggambarkan peribadi dan akhlaknya”
.:: Tertutup Itu Indah::.
No comments:
Post a Comment