Thursday, 16 August 2012

Kembara Di Bumi Anbiya'


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat dan keizinan saat ini. Syukurku pada Mu atas segala yang telah Engkau anugerahkan buat hamba yang kadang-kala leka dan lalai dalam mengingatiMu. Ramadhan kian melabuhkan tirainya, namun persoalannya, adakah segala amalan kita diterima oleh Allah? adakah kita masih di tahap yang sama sebelum tibanya ramadhan? Tepuk dada, tanyalah iman kita.. Kita berada di tahap mana.. Hatiku benar-benar di muhasabah dengan pelbagai teguran dari Allah s.w.t. Dalam tawa, adakalanya terselit kesedihan dan kerisauan diri, mengenangkan adakah setiap helaian nafasku ini di gunakan sebaik-baiknya untukMu ya Allah? (T__T) 

Ana bukanlah sebaik-baik hamba buatnya, masih terlalu banyak kelemahan dan kekurangan diri ini, namun dari hari, ke hari, diri ini cuba untuk menjadi sebaik-baik hamba buatMu ya Allah. 

Baiklah, sebenarnya ana ingin kongsi sebuah buku yang bertajuk ''Rindu Bau Pohon Tin". Sebuah buku yang dah lama ana khatamkannya.. ;p karangan Ustaz Hasrizal. 



Rindu Bau Pohon Tin ini merupakan cacatan kembara beliau di bumi Jordan, medan beliau mengejar ilmu dan cita-cita. Satu episod kembara perjalanan di Dataran Syam, beliau di perantauan yang merakamkan pelbagai iktibar kehidupan. Beliau berkongsi cerita, memberi ‘rasa’ dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhuwah dan kasih sayang.

Ana tertarik dengan kisah pengembaraanya di bumi Anbiya’. Buku ini memberi banyak motivasi dan tarbiyah untuk ana memuhasabah kembali diri ini dan memberikan ana berbagai rasa, adakalanya sebak, lucu, penguat jiwa, bermotivasi dan semangat jihad dalam menuntut ilmu melalui penulisan beliau dengan bahasa yang agak bersahaja dan santai yang berjaya menarik minat ana untuk menghabiskannya dalam masa yang singkat.

Antara cacatan beliau yang membuatkan semangat ana kembali kuat adalah bilamana beliau menceritakan seorang guru yang beliau sanjungi memberi nasihat sebelum beliau dan sahabat-sahabat seperjuangan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu melalui firman Allah s.w.t.:

“tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” (Surah al-Taubah ayat 122)

Ayat ini diturunkan sebagai peringatan kepada para sahabat semasa zaman Rasulullah s.a.w. bilamana berlakunya seruan jihad untuk turun ke medan perang, kesemua para sahabat menyertainya sehingga Baginda ditinggalkan sendirian di kota. Ayat ini memberi peringatan bahawa sebesar manapun sesuatu misi, adalah tidak wajar untuk kaum Mukminin itu keluar semua sekali untuk memenuhi seruan tersebut. Dalam kewajipan melaksanakan jihad, kewajipan menuntut ilmu mestilah beriringan sedarjat.

Gurunya menyatakan bahawa “ayat ini adalah mahkota penuntut ilmu di jalan Allah s.w.t., ke mana sahaja kamu pergi, junjunglah ayat ini”. Ayat ini adalah bicara Allah s.w.t. kepada kita dan Allah s.w.t. bercakap secara khusus kepada kita supaya menyahut seruanNYA dan ia juga merupakan suatu jihad fi sabilillah. Di meja, ana letakkan satu kata-kata yang ana dengar sewaktu mendengar kuliah agama tetapi lupa siapa menyatakannya, iaitu “pena seorang ulama’ adalah sama seperti darah seorang syuhada yang mati syahid di jalan Allah s.w.t”.

Ana akui, selepas ana habis pengajian di peringkat STAM, ada juga keinginan mahu ke Timur tengah, namun apakan daya, perancanganNya lebih hebat dan penuh hikmah. Kemudian, tatkala membaca buku ini, perasaan untuk menyambung pengajian di Bumi Anbiya’ kian ‘’menghantui’’ diri hehe.. Hati ini masih menyimpan hasrat untuk ke sana, namun memandangkan ana terikat dengan sesuatu, maka terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalanku ini untuk menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya’. Ameen Ya Allah.. =)

Buku ini banyak memberi pengajaran dan teladan kepada pembacanya. Oleh itu, ana syorkan kepada sahabat-sahabat untuk turut membaca buku tersebut sebagai makanan roh dan jiwa kita..





Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

No comments: