Friday, 24 August 2012

Buatmu sahabat


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan bernafas pada hari jumaat yang penuh barakah ini untuk beribadat kepada Maha Penciptaku yang amat-amat ku cintai sepenuh jiwa. Selawat & salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & anbiya’ sekali.
Seperti biasa, hati memuhasabah sendiri,  mengaudit apa yang telah ku lakukan, mana-mana yang rasa mengundang pintu fitnah, maka ditutup dengan serapat-rapatnya. Mana yang rasa sia-sia, maka dipadam. Dulu, kini dan akan datang semuanya dari Allah dan untuk Allah. Dan hari ini, ana melakukan suatu perkara yang membuatkan diri ini menilai baik buruknya. Mudah-mudahan Allah redha dengan apa yang ana lakukan, dan mudah-mudahan jua hamba Allah itu tidak akan menyalahtafsirkan apa yang ana lakukan. InsyaAllah.. Ameen ya Allah. Hanya padaMu ku berserah. 
Hati ini terasa ingin menulis tentang sahabat. Sudah lama niat nie terbit namun baru kini terlaksana…Alhamdulillah…ana ingin lontarkan satu kata-kata yang akak senior ana bagi. Sungguh indah bait kata-katanya:
Ukhuwah yang dibina atas nama Allah
Tidak akan mengharapkan balasan apabila memberi…
Tetapi akan selalu berkongsi air mata
Dikala suka dan duka…
Kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam…
Keceriaan sahabatnya bagai pelangi yang tidak akan hilang..
Kehilangan sahabat bagai hilangnya permata termahal didunia..
Itulah SUNNAH jalinan persahabatan…
Ya..itulah erti persahabatan yang sebenar..ana akui kadang-kadang diri ini juga tidak mampu untuk menjadi sahabat yang terbaik buat mereka yang berada disekeliling ana, namun itu tidak mustahil untuk kita cuba beri yang terbaik…insyaAllah..
Alhamdulillah, semalam kami sempat berkumpul dan saling menziarahi setelah sekian lama tidak berkumpul mengeratkan silaturrahim. Terasa manisnya ukhwah bila bertemu dan berpisah kerana Allah. 
Ana akui, dengan kesibukan melaksanakan amanah ini. Banyak yang ana abaikan, tidak semua ana mampu puaskan hati sahabat-sahabat ana. Sahabat ana ramai, namun jarang berkumpul ramai-ramai sebab tu tiap kali jumpa mesti berpelukan satu sama lain..subhanallah, indahnya saat tu…(“,)
Ana mohon ampun dan maaf buat sahabat-sahabat dengan hati yang ikhlas, janganlah pernah serik bersahabat dengan ana kerna yang sanggup “bersusah” dengan ana itulah sahabat sejati ana. syukran jazilan wahai sahabat.
Bibir ini juga tidak akan pernah serik mendoakan kalian tiap kali selepas solat, moga hubungan yang dibina atas nama Allah s.w.t. akan kekal hingga ke Syurga…insyaAllah…
Sahabat yang baik hatinya tenang,
Akalnya teguh penuh ketaqwaan dan kesantunan,
Kebaikannya tersebar dan petunjuknya
Mengakar dimana pun dia berada,
Nasihat-nasihatnya seperti air bah yang mengalir,
Yang menembus sekatan batasan hati sahabatnya yang lalai,
Jika dia berkata, maka akan didengarkan,
Jika dia memberi nasihat nescaya akan ditaati,
Langkahnya penuh kesungguhan….
Syukran atas kurniaan sahabat ini Ya Allah…



Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Thursday, 23 August 2012

~Muhasabah Cinta Ku~


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah....syukur  ke hadrat ilahi kerna masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Yang Maha Esa. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian.
Salam syawal dan selamat berpuasa sunat ana ucapkan, moga ramadhan yang berlalu pergi benar-benar menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. Walaupun hari ini merupakan syawal ke-5, Alhamdulillah masih ramai yang datang  menziarahi ana sekeluarga dan hari ini jugak, Allah berikan peluang pada ana untuk keluar bersama sahabat2 lalu pergi menziarahi sahabat-sahabat yang lain. Syukur padaMu Ya Allah atas pertemuan ini, Ukhwah kami tetap mekar walaupun kekangan masa kadang-kadang mencemburuinya. (^_^) 
Ana ada sesuatu yang ingin dikongsi. Dah lama ana mendengar lagu nie dan hati terus terpaut pada bait liriknya. Sungguh mendalam maksudnya…

Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. adalah anugerah yang tak ternilai. Tidak guna panjang umur kalu sakit, tidak guna banyak harta tapi sakit………….tapi akan terbit rasa damai dihati saat diri redha dan menerima semua ketentuan yang telah ditetapkan oleh-NYA.. bak kata lirik nie…….
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku”
Pernah tak kita terfikir, satu hari…kita bangkit dari tidur…..
pandangan mata kita jadi gelap gelita kerna buta..? 
tidak dapat merasai anggota badan kita kerna lumpuh?
Pendengaran kita menjadi sunyi sepi kerna pekak?
Tidak mampu berkata-kata kerna bisu?
Ya Allah…adakah aku akan menerima semua ini dengan hati yang redha dan pasrah seandainya diuji sebegini hebat? Mampukah aku menerima semua ini dan meneruskan kehidupan dengan “dunia baru’?
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Walau apa pun, hidup mesti diteruskan kerna janji Allah s.w.t., mereka yang beriman akan diuji oleh_NYA untuk mengetahui siapakah diantara kita yang benar-benar beriman kepada_NYA. Moga kita tidak berputus asa tika diuji…
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
( Az-Zumar ayat 53)

Dan bait kata yang amat menyentuh hati ini dan buat diri ini merenung sejenak…….

Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Ya…tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..sekiranya diri ini diuji dengan ditarik nikmat kesihatan serta merta…
aku mohon pada MU Ya Allah…
“Lindungilah diri ini dari putus asa atas rahmatMu, jika ku harus mati….matikanlah aku dalam keadaan beriman kepadaMu, juga ambillah nyawaku tika sedang melaksanakan gerak kerja Islam dan bukan tika terlantar di atas katil..dan pertemukanlah aku denganMu Ya Allah…”
ameenkanlah doa ku ini…
~Muhasabah Cinta Ku~



Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Thursday, 16 August 2012

Kembara Di Bumi Anbiya'


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat dan keizinan saat ini. Syukurku pada Mu atas segala yang telah Engkau anugerahkan buat hamba yang kadang-kala leka dan lalai dalam mengingatiMu. Ramadhan kian melabuhkan tirainya, namun persoalannya, adakah segala amalan kita diterima oleh Allah? adakah kita masih di tahap yang sama sebelum tibanya ramadhan? Tepuk dada, tanyalah iman kita.. Kita berada di tahap mana.. Hatiku benar-benar di muhasabah dengan pelbagai teguran dari Allah s.w.t. Dalam tawa, adakalanya terselit kesedihan dan kerisauan diri, mengenangkan adakah setiap helaian nafasku ini di gunakan sebaik-baiknya untukMu ya Allah? (T__T) 

Ana bukanlah sebaik-baik hamba buatnya, masih terlalu banyak kelemahan dan kekurangan diri ini, namun dari hari, ke hari, diri ini cuba untuk menjadi sebaik-baik hamba buatMu ya Allah. 

Baiklah, sebenarnya ana ingin kongsi sebuah buku yang bertajuk ''Rindu Bau Pohon Tin". Sebuah buku yang dah lama ana khatamkannya.. ;p karangan Ustaz Hasrizal. 



Rindu Bau Pohon Tin ini merupakan cacatan kembara beliau di bumi Jordan, medan beliau mengejar ilmu dan cita-cita. Satu episod kembara perjalanan di Dataran Syam, beliau di perantauan yang merakamkan pelbagai iktibar kehidupan. Beliau berkongsi cerita, memberi ‘rasa’ dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhuwah dan kasih sayang.

Ana tertarik dengan kisah pengembaraanya di bumi Anbiya’. Buku ini memberi banyak motivasi dan tarbiyah untuk ana memuhasabah kembali diri ini dan memberikan ana berbagai rasa, adakalanya sebak, lucu, penguat jiwa, bermotivasi dan semangat jihad dalam menuntut ilmu melalui penulisan beliau dengan bahasa yang agak bersahaja dan santai yang berjaya menarik minat ana untuk menghabiskannya dalam masa yang singkat.

Antara cacatan beliau yang membuatkan semangat ana kembali kuat adalah bilamana beliau menceritakan seorang guru yang beliau sanjungi memberi nasihat sebelum beliau dan sahabat-sahabat seperjuangan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu melalui firman Allah s.w.t.:

“tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” (Surah al-Taubah ayat 122)

Ayat ini diturunkan sebagai peringatan kepada para sahabat semasa zaman Rasulullah s.a.w. bilamana berlakunya seruan jihad untuk turun ke medan perang, kesemua para sahabat menyertainya sehingga Baginda ditinggalkan sendirian di kota. Ayat ini memberi peringatan bahawa sebesar manapun sesuatu misi, adalah tidak wajar untuk kaum Mukminin itu keluar semua sekali untuk memenuhi seruan tersebut. Dalam kewajipan melaksanakan jihad, kewajipan menuntut ilmu mestilah beriringan sedarjat.

Gurunya menyatakan bahawa “ayat ini adalah mahkota penuntut ilmu di jalan Allah s.w.t., ke mana sahaja kamu pergi, junjunglah ayat ini”. Ayat ini adalah bicara Allah s.w.t. kepada kita dan Allah s.w.t. bercakap secara khusus kepada kita supaya menyahut seruanNYA dan ia juga merupakan suatu jihad fi sabilillah. Di meja, ana letakkan satu kata-kata yang ana dengar sewaktu mendengar kuliah agama tetapi lupa siapa menyatakannya, iaitu “pena seorang ulama’ adalah sama seperti darah seorang syuhada yang mati syahid di jalan Allah s.w.t”.

Ana akui, selepas ana habis pengajian di peringkat STAM, ada juga keinginan mahu ke Timur tengah, namun apakan daya, perancanganNya lebih hebat dan penuh hikmah. Kemudian, tatkala membaca buku ini, perasaan untuk menyambung pengajian di Bumi Anbiya’ kian ‘’menghantui’’ diri hehe.. Hati ini masih menyimpan hasrat untuk ke sana, namun memandangkan ana terikat dengan sesuatu, maka terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalanku ini untuk menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya’. Ameen Ya Allah.. =)

Buku ini banyak memberi pengajaran dan teladan kepada pembacanya. Oleh itu, ana syorkan kepada sahabat-sahabat untuk turut membaca buku tersebut sebagai makanan roh dan jiwa kita..





Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Monday, 6 August 2012

Aku Tinggalkan Cinta Kerana ALLAH.


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah wa syukrillah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini.  Bersyukur atas pengalaman hidup yang menjadi guru kehidupan tanpa suara yang banyak mengajar hati ini untuk merasai makna hidup.. 

Ana ingin kongsikan 1 kisah yang ana terbaca didalam laman web I Love Islam. Ianya cukup memberi ibrah buat diri agar terus menjaga kesucian hati tanpa berlandaskan perkara-perkara yang mencemarinya. 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
 

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.
 

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
 belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. 

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
 

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. 

Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah. 

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.

Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. 

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
 

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
 

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
 

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
 

"Not a single phrase, nor a word."
 


"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
 

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
 

Ummi berkata:
 

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
 

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
 

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.
 

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
 

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
 

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."
 

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
 

Mafraq, Jordan.
 
____________________________________
 
keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..insyallah..

Teman, benar katamu itu...
 
Aku sedih kerna aku telah mencemari CINTA suci itu...
 
Aku lemah dalam melawan kehendak nafsu ku sendiri..
 
Aku akui telah tertipu dengan apa yang dipanggil sebagai fitrah...
 
Aku tidak mampu menundukkan kehendak hati...
 
Aku sedar CINTA tidak pernah membawa kita ke mana-mana,
 
andai CINTA itu bukan dalam lingkungan redha ALLAH...
 
Aku malu kerna telah meletakkan debu CINTA dusta di atas ukhuwah yang telah lama terjalin.....
 



Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Friday, 3 August 2012

Menghitung Umur


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada insan kerdil ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam kepada kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in.

Minggu lepas, dalam seminggu, ana menyepikan diri, menutup akaun Facebook buat sementara waktu,blog juga lama tidak diupdate. Beberapa hari kemudian,ada sahabat-sahabat meminta untuk ana aktifkan kembali akaun Facebook. Untuk tidak mengecewakan permintaan mereka, maka ana aktifkan kembali akaun tersebut. Ketahuilah sahabat, kadang-kadang, kita melakukan sesuatu itu, ada sebabnya, Kerana apa? adakalanya diri kita perlukan masa untuk merenung kembali perjalanan hidup yang dilalui, memuhasabah diri, adakah setiap apa yang kita lakukan, diredhai oleh Allah?adakah setiap helaian nafas ini, digunakan dengan sebaik-baiknya? adakah setiap yang kita tulis, semuanya kerana Allah? tepuk dada, tanyalah iman kita. 

Ana tertarik dengan kata-kata Ustaz Amaluddin Mohd Napiah dalam bukunya yang bertajuk “Bawa Hatimu Kepada Tuhan”.
Katanya…“kini usiaku menjengah 40-an. Semuanya berlaku dengan cepat dan pantas sekali tanpa ada penangguhan. Bermakna seruan ke arah kematian semakin bergema kedengaran walaupun syaitan dan nafsu berhempas pulas cuba melengah-lengahkan.”
“bagi masyarakat Barat, takah usia ini adalah ‘permulaan’ hidup sebenar bagi seseorang insan. Akan tetapi dari kaca mata Islam, umur 40-an  adalah umur penentu sama ada mahu terus beriltizam dan beristiqomah diatas jalan hidayah ataupun terus menerus leka meranduk kesesatan hingga tidak nampak lagi jalan pulang….”

XXXXXXXXXXXX
Diriwayatkan daripada Barzah al-Aslamiy katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Tidak akan bergerak kaki seseorang itu (pada Hari Kiamat kelak), sehinggalah dia ditanya mengenai umurnya, ke manakah ia dihabiskan. Tentang ilmunya, bagaimanakah dia menggunakannya. Tentang hartanya, dari manakah ia diperoleh dan untuk apakah ia dibelanjakan, dan mengenai tubuhnya, untuk apakah ia digunakan. 

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Ya Allah…bergetar hatiku…lembaran sirah hidupku diselak satu persatu, detik demi detik, saat demi saat dihitung dan dikira. Ibarat skrin yang dirakam dan ditayang semula dihadapan seluruh penduduk bumi dihari perhitungan kelak… segala rahsia tika hidup terbuka di hadapan Yang Maha Adil. MasyaAllah, bagaimanakah keadaanku tika disana?. Permudahkanlah Ya Allah…
Waktu adalah kehidupan manusia….
Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan.
Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan.
Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat.
Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan.
Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga.
Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap Tuhannya.Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya kewajipan-kewajipan hamba didunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
 “Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani. Kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan diakhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu”
(Surah al-Hadid, ayat 20)
Ayat diatas sudah cukup jelas maksudnya. Kata-kata yang mengingatkan kita supaya tidak lalai dengan kehidupan di dunia yang hanya permainan semata-mata. Lihat pula firman Allah s.w.t. dalam ayat yang seterusnya ini:
“berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. Itulah kurniaan Allah, yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar”
(Surah al-Hadid, ayat 21)
Allah s.w.t. memberikan kita peringatan supaya tidak lalai malah menyarankan pula pada hambaNya supaya berlumba-lumba mengejar keampunanNya. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengasih juga Maha Penyayang kepada hamba-hamba Mu.
XXXXXXXXXXXX
Lantas ku termenung mengenangkan diri ini. Apakah yang akan berlaku pada diriku 10 tahun akan datang nanti. Adakah sama seperti hari ini? Masih istiqomah  atau  sudah dijemput Ilahi…
Masih tergiang di gegendang telingaku kata-kata seorang Murobbi, “ukhty, perjuangan da’wah yang sebenar bagi seorang muslimah adalah selepas dia berkahwin”.
Ku mengangguk tanda bersetuju dengan pendapatnya. Moga-moga diri ini tetap istiqomah, jika terlebih dahulu dijemput Ilahi….ameen…
Takut rasanya bila melihat para pejuang yang gugur dipersimpangan jalan dan tidak mampu untuk bangun semula. Usia yang masih diberikan dihabiskan begitu sahaja tanpa ada nilainya. Mengejar harta kekayaan, kuasa dan pangkat tanpa terdetik dihati bahawa semua itu tidak akan sekali-kali menolongnya diakhirat kelak malah mungkin kerana semua itu dia diazab nanti….Nauzubillah…
Ada seorang ustaz yang ana kenali menceritakan perihal sejarah hidup keluarganya. Berasal dari keluarga yang berada namun beliau menolak semua itu dan mencari kehidupan yang diredhai olehNya. Nenek moyangnya begitu ghairah mengejar kekayaan tanpa memikirkan suatu hari nanti mereka bakal dijemput Ilahi.
Akhirnya, selepas berjaya memperoleh semua kekayaan tersebut dengan menghabiskan umur berpuluh-puluh tahun. Mereka tidak sempat menikmati semua hasil kekayaan itu kerna meninggal dunia. Terlalu rugi rasanya sedangkan kita semua mengerti, kita semua tidak akan kembali semula ke dunia.
Masa yang tersedia juga usia yang meningkat saban tahun tidak akan berlalu begitu sahaja tanpa perhitungan dariNya.
“Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu untuk bermain-main sahaja? Sedangkan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?”
(Surah Al-Mukminuun, ayat 115)
Apakah umur kita ini hanya diberikan dengan percuma tanpa dikenakan “bayarannya” diakhirat kelak??? fikir-fikirkan…..


Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^

Thursday, 2 August 2012

Chicken Soup For The Soul


Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Puji-pujian hanya layak buat Mu, Allah. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat manusia Agung, pembawa rahmat buat seluruh alam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah baru sahaja selesai khatam sebuah buku yang teramat banyak manfaat dan best! (^^,)

Lama juga nak habiskan buku nie, Ana dapat tahu ‘kewujudan’ buku nie selepas ada seorang penulis post dalam wall facebook beliau. 

Aturan Allah s.w.t., ana minta seorang sahabat tolong carikan buku ni, dan Alhamdulillah, akhirnya, ada. ('',) Mahu tahu buku apa yang dimaksudkan? Inilah dia….(^^,)



Ana cuba ‘tanya Dr.Google’ berkaitan buku nie untuk mengetahui lebih lanjut dan maklumat yang diperolehi amat-amat mengujakan. Jadi tidak hairanlah buku ini dikatakan sebagai bestseller dan buku terbaik yang dikeluarkan sejak 28 Jun 1993.



Banyakkan tajuk yang ada? ini baru cebisan yang dapat ana tunjukkan sebab hampir 200 tajuk yang ada dengan 40 bahasa diterjemahkan. Jadi, ada mana-mana syarikat penulisan dan penerbitan yang sudi untuk terjemahkan kesemua tajuk dalam edisi Bahasa Melayu? Ana mahu kumpul satu persatu…:p

Kenapa kesemua ‘tema’ buku ini dinamakan Chicken Soup For The Soul (Sup Ayam Untuk Jiwa) ya? Di Amerika, Chicken Soup boleh menghangatkan badan seperti tulisan yang ada dalam buku ini yang boleh menghangatkan jiwa kita saat membacanya.

Kebanyakan dari kita, rakyat Malaysia lebih gemar makan sup apabila demam dan selsema kan? Bahan yang disediakan untuk membuat Chicken Soup juga mudah dan ringkas. Begitu juga tulisan dalam buku ini, hanya perlukan pengalaman dan kemahiran dalam menulis. Maka, terhasilah kisah benar seperti tercatat dalam buku tersebut.

Kisah-kisah motivasi yang tercatat dalam tajuk berfikir positif benar-benar membuatkan ana bermotivasi untuk tetap bersangka baik dan yakin akan hikmah dari setiap apa yang berlaku.

Oleh itu, ana sarankan untuk menjadikan buku ini sebagai salah satu koleksi buku motivasi yang mesti dibaca. Ana yakin buku ini mampu menaikkan motivasi kita secara tidak langsung.

Selamat membaca, wallahua’lam…(^^,)



Moga Allah redha..InsyaAllah ^_^